Biasanya kalau hujung minggu merupakan masa yang boleh digunakan dengan baik untuk mengupdate blog dengan idea dan cerita yang terbaik la kononnya...:-)
Tapi hari ini, dari pagi tadi aku langsung tak ada mood nak buat entri baru, tak tau kenapa, mungkin sebab badan masih rasa tak sedap.
Semua paper yang dibeli sudah di "khatam" so rasa terpanggil untuk buat entri yang tak seberapa ni. Tak apa lah tak best pun yang penting ada entri baru. Kalau rasa nak menulis tu tak berapa nak ada maka kerja-kerja menjana idea untuk membuat entri akan menjadi sangat sukar. Siapa kata nak menulis tu senang? Walaupun hanya nak mencoretkan kisah-kisah perjalanan hidup seharian, ia nya akan menjadi sangat sukar kalau mental dan fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang sihat.
Kalau sihat sekalipun, andai kesibukan aktiviti yang perlu kita selesaikan dengan kadar segera juga menyebabkan kerja-kerja menulis akan menjadi "entah apa-apa". That why aku sangat kagum dengan blogger-bloger yang mampu meng-update entri blog mereka dengan 3-4 entri sehari dan hasil penulisan mereka pula sangat bagus dan menghiburkan.
Bukan lah menulis entri ni untuk menghiburkan orang semata, tapi seandainya penulisan yang kita paparkan di blog kita itu mampu mengukir senyuman kerana lucu ataupun senyuman sebab pembaca mendapat pengetahuan dan pengalaman baru, itu considered bagus!
Sebagai motivasi kepada diri sendiri " tiada benda yang mudah dalam hidup ni" sering aku tanamkan dalam fikiran agar aku akan terus positif untuk berusaha dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kadang-kadang suatu perkara tu nampak simple saja tapi kita tidak tahu bertapa jerih dan perihnya orang yang mencari idea dan melaksanakan kerja-kerja yang simple di mata kita itu.
Oleh sebab itu, kita kena lah belajar menghargai. Hargai diri sendiri dan juga orang lain. Kalau kita rasa kita ada kebolehan, kita hargai kebolehan diri sendiri itu dengan mengasah bakat yang ada itu ke tahap yang lebih baik, tak kira dalam apa jua perkara. Menghargai orang lain pula dengan cara menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada mereka. Jangan hanya memuji bila kelebihan dan keistimewaan yang mereka ada memberi manfaat pada kita dan bila masa kelemahan mereka terserlah maka kita mengutuk dan mengeji mereka dengan cara yang tidak sepatutnya. Sedang kita semua tahu tiada sesiapa pun dalam dunia ini di lahirkan benar-benar sempurna!
Samada senang ataupun sukar sesuatu perkara itu bergantung kepada semangat dan ilhtizam yang ada dalam diri masing-masing!
No comments:
Post a Comment