Assalamualaikum....
Sebelum keluar mengeteh (minum-minum kat kedai kopi/mamak) baik update entri terlebih dulu. Cakap pasal ngeteh ni, ianya macam dah jadi aktiviti wajib, kalau tak petang mesti malam!
Budaya ni bukan hanya kat tempat-tempat tertentu je, malah pergi lah ke ceruk mana pun di bumi malaya ni, budaya melepak kat kedai kopi mesti ada, nak plak kalau kedai mamak!
Mamak-mamak kat Malaysia ni pun dah lama kaya raya disebabkan oleh budaya yang memang dah establish ni. Tengok kat sekitar lembah kelang (KL), Pelita, Maulana, Daun Pisang dan segala bagai kedai mamak dibuka 24 jam menawarkan suasana lepak yang sangat kondusif! TV skrin besar, Wifi percuma antara kemodenan yang turut di tawarkan.
Sebab tu juga lah Teh tarik muncul sebagai minuman yang paling glemer sekali.
Macam aku malam ni, kalau ikutkan, perut memang dah kenyang sangat dah diner bersama family kat rumah jap tadi, tapi hati tetap berkobar-kobar nak keluar mengeteh, jugak kat kedai mamak yang fofular kat Bentong ni...Najath! (promote sikit....hehehe) Dekat je ngan rumah aku ni!
Kalau niat tak nak keluar sekalipun, jap-jap lagi dalam around pukul 10, mula lah telefon berdering ajak keluar! ish-ish-ish....entah apa lah yang istimewa kat kedai mamak tu terutamanya dalam teh tarik dia tu!!!!???
kalau ada lelaki yang tak suka keluar mengeteh, mesti jadi kebanggan ramai terutamanya para surirumah.
huhu tu la..nape ek?hehe tanya balik
ReplyDeletekalamhati: emmmm tak dapat dipastikan..entah mandrem apa yang mamak gunakan....huhuhu...
ReplyDelete