Assalamualaikum… dan Salam buat semua.
Antara impian yang aku dampakan dalam hidup (mungkin orang lain juga) adalah untuk menjadi bapa yang hebat dan terbaik untuk anak-akan. Selain itu berharap dan berdoa agar anak-anak juga akan berusaha with their best untuk menjadi anak-anak yang terbaik untuk ibu bapa mereka kelak.
Anak-anak ni memang banyak kerenah, kadang-kadang kalau kita tengah penat atau “out of mood” dan mereka plak buat perangai…alahai, tak tau nak cakap apa, nak mengamuk pun ya jugak…hahahahaha…
Tapi sebenar-benarnya kerenah dan perangai-perangai itu lah yang “moment” tidak ternilai harganya. Moment yang nyatanya memberi warna-warna indah semasa anak-anak mesih kecil yang hadir dalam kehidupan sesiapa saja yang bergelar bapa.
Nowadays, aku cukup terhibur (wpun kadang-kadang nak “meletup” marahnya) dengan kerenah puteri kesayangan ku, Ainputri Humairrah yang hanya boleh makan ubat dengan papa nya sahaja. Kalau mama atau bibik dia yang suapkan, ubat belum masuk mulut pun dia dah boleh muntah…kalau dengan aku, bilang saja, "buka mulut, ok..telan!" emmmm berjalan lancar. Pun begitu, kena ambil masa berminit-minit jugak…kalau 3 jenis ubat, setiap selepas satu kena rehat dulu barang dua-tiga minit!
Beberapa hari ni juga, sejak yang paling kecil ni (Imanputra Affan) dah mula boleh bertatih, aktiviti memanjat motorsikal mainan dan aktiviti berebut motosikal antara mereka bertiga sering saja berlaku….
Affan, Paling mudah ketawa...pantang si sakat! |
masih dalam proses memulakan langkah pertama... |
Motorsikal ini lah yang menjadikan traffic dalam rumah ni sesak. kalau beli sorang sebuah, nampak gaya nya rumah ni akan jadi lebih sesak dari jalan di Bandar Bentong semasa musim perayaan...ahaks! |
Apapun itu dah sifat kanak-kanak…berebut apa saja mainan. Walaupun ada berpuluh mainan, yang satu itu juga yang direbutnya….
Walaupun tak mampu untuk menjadi “superdad” atleast, sentiasa mencuba untuk memahami anak-anak agar suatu hari kelak mereka juga memahami apa yang kita nak dan harapkan dari mereka. Bukan material, cukuplah untuk mereka berusaha menjadi harta terindah buat kita sebagai anak yang mendengar kata dan mengingati kita dengan kasih dan sayang sebagaimana banyaknya kasih yang telah kita tumpahkan kepada mereka semua :-)
Walaupun banyak perkara yang boleh menghiburkan hati dan menceriakan kehidupan yang ditempuh, Nyatanya…Mereka lah penghibur mutlak kehidupan aku!
Katakan saja!: tak akan sampai hati mempersiakan anugerah yang Allah kurnia kan pada aku ni…….
seronoknya jadi bapa :)
ReplyDelete