SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 5 October 2011

Dah Tahu Tapi Saja Nak Cuba...

Assalamualaikum...
Saja nak cerita tentang pelajar-pelajar aku yang dalam group D ni. (group yang perlu diselamatkan)..Tadi masa kelas, aku memilih untuk membuat ulangkaji tajuk Garis Lurus. Tajuk yang konon-konon nya sangat sukar. Tak tau kat mana sukarnya. Kalau time exam, tajuk ini antara tajuk pada kertas 2 bahagian A yang ditinggalkan "sepi" oleh pelajar.

So tadi aku bagi dalam 5 soalan. Soalan 1 aku terangkan langkah-langkah penyelesaian. Sangat perlahan je dengan harapan mereka boleh faham...alah bukan apa pun just tentang:-
  • Kalau dua garis lurus itu selari maka nilai kecerunan nya sama
  • bila kecerunan sama, kecerunan garis itu boleh dipinjam untuk mencari persamaan gari lurus yang satu lagi tu (yang selari dengan nya) -proses mencari nilai pintasan-y/(c).
apa lagi....?...
  • nak buat persamaan garis lurus perlu ada kecerunan (m) dan pintasan-y (c)
  • masukkan nilai m dan c tu dalam y=mx + c
  • contoh: kalau m= -2 dan c= 7 so persamaan garis lurus tu y = -2x+7
so susah sangat ke???????? aku benar-benar tak tau kat mana susahnya topik ni (memang la aku cikgu, tapi masa student dulu pun aku tak rasa pun tajuk Garis Lurus ni susah sangat!)
Masa tengah ralit menerangkan tu, biasa la muka anak-anak murid aku tu terkulat-kulat...! dan ada seorang tu senyum je tengok aku..so aku tanya "helmy, kenapa awak tersenyum dan tersengih je tengok saya?"
nak tau apa jawapan dia "cikgu bersungguh je terang kan, kami tak tau apa-apa la cikgu tentang garis lurus ni.." Alamak!!!!!!
So memandangkan aku memang dah agak yang tajuk ni memang memberi kesulitan tahap melampau untuk geng-geng dalam group D ni so aku cool je la and said " apa yang susah sangat, tak ada benda nya tentang garis lurus ni, hanya beberapa perkara saja:-
i. kecerunan
ii.Pintasan y dan pintasan x
iii. Bina persamaan garis lurus -hanya perlu kecerunan dan pintasan-y
iv. garis selari - bererti 2 garis yang selari tu kecerunannya sama...
That its!!!!!!!
"ok, cikgu bagi kaedah penyelesaian untuk kesemua soalan ni, salin then balik asrama cuba tengok-tengok kan, kalau ada tak faham atau langsung tak tahu, boleh tanya saya bila-bila masa" (apapun mereka tak kan tanya punya lahhh....! huhuhu)
Begitu lah peritnya untuk memahamkan mereka yang susah nak faham dan lebih menyedihkan ada yang give-up memilih untuk tak nak faham....sabar je lah!

Katakan saja! : kalau nak mencari nilai x dalam persamaan linear 2x=10 pun tak boleh, macam mana lah mereka nak berdepan dengan soalan matematik SPM yang tinggal cuma beberapa minggu je lagi...sebagai cikgu, tema nya Pasrah! Lagu Erra Fazira...Tetibaaa!!!!

No comments:

Post a Comment