SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 1 October 2011

Drama Sebabak Pasangan Remaja Melayu (budak sekolah)..Memalukan! :-(

Assalamualaikum.... Salam Hujung Minggu Buat Semua..

Aku rasa terpanggil untuk tulis "kisah benar" yang aku saksi kan sebentar tadi masa aku pergi buat seluar kat tailor kesukaan aku di Bandar Bentong. Tailor tu terletak kat bangunan Shoping Complex yang ada kat bandar bentong ni...kalau kat sini, hanya satu-satu nya shoping complex yang jadi tumpuan remaja melepak, nak plak hari-hari minggu begini.
Tadi lepas keluar je dari tailor tu aku saja ambil masa untuk "round-round' kot-kot ada apa-apa yang boleh dibeli untuk anak-anak. Diperhatikan ramai betul budak-budak remaja melepak je kat kerusi-kerusi yang ada kat situ. Dengan fesyen pakaian yang pelik-pelik dan agak "comot" jelas menunjukkan budak-budak remaja ni memang jenis yang suka membuang masa serta tak tau nak buat kerja-kerja berfaedah di hujung-hujung minggu begini..
Tengah dok berlegar-legar tu, bunyi bising macam orang bergaduh...maksud aku pasangan bergaduh sampai tahap menjerit-jerit! Aduhhhh malu betul menegoknya... antara dialog yang sempat aku dengar la.. ..hahahaha... lebih kurang begini: -...(sebab musabab dia orang bergaduh aku tak tahu la...)

L: wooi...kau tak dengar ke aku cakap! (menjerit ke arah budak pempuan tu yang tengah berjalan meninggalkan budak jantan tu)
P: (menoleh ke arah budak jantan tu) aku nak balik la bodoh! aku tak nak lagi kuar ngan jantan sial macam kau!..buat sakit ati aku jer.
L: celaka punya budak...hoi, kalau aku sial kau tu apa, betina p***m**! ingat sikit, nanti aku citer kat member-member kau yang kau tu dah rosak! dah la muka tak lawa..perasan...mari sini dulu (kuat betul budak jantan tu menjerit..)
P: (tak nak mengalah tu..): Babi!!!! kau tu sial...kau ingat aku nak sangat kat kau tu..muka hitam legam! sengkek! setiap kali kuar ngan kau, makan maggi pun aku yang bayar! menyesal aku...
L: woi...mari sini kau! (jantan tu berlari ke arah budak pempuan tu..nampak dok tarik2 tangan..)..banyak jugak mata yang memandang..kelihatan guard kat Shoping complex tu meluru juga ke arah mereka...
Beberapa remaja lain yang dok melepak pun turut memberi sorakan dan "mengebooo"...
Aku blah je dari situ....malu dan menyampah tengok drama sebabak yang nyatanya sungguh "murah" dan mampu mengaibkan, jangan kata keluarga mereka malah bangsa kita secara keseluruhannya....Ini kah remaja kita yang konon nya mampu menggalas tanggungjawab negara pada masa yang akan datang!
Entah lah...tak tau lagi nak kata atau komen apa tentang remaja masa kini. Apa yang mereka cari? Galak sungguh bercinta tapi mereka sendiri rasa nya tak tau cinta itu apa? dan ada apa dengan cinta?
Boleh "couple" tu kira grand la kononnya.... dari personaliti luaran ke dua-dua remaja yang bergaduh tadi pun aku dapat rasa kan (naluri cikgu) mesti kat sekolah pun jenis pelajar yang bermasalah...(aku agak budak-budak tu dalam tingkatan 3-5 rasanya).
Memandangkan aku juga ada anak lelaki dan anak perempuan, fenomena-fenomena sebegitu amat menakutkan..hanya mampu berdoa agar anak-anak aku kelak dijauhkan terlibat atau terhumban ke arah gejala keruntuhan moral yang semakin hari semakin dasyat!
Sekadar Gambar Hiasan -Edit form google.
Katakan saja!:  mereka kata cinta itu buta...atau mereka itu yang buta?

7 comments:

  1. errr.. saya pun remaja baya2 depa gak.. smoga saya dijauhkan drpd perkara2 mcm ni.. lebih baik saya brcinta dgn blog drpd jadi mcm kat atas tu... errr

    ReplyDelete
  2. budak2 zaman sekarang mmg kurg ajar...
    salah ibu bapa atau salah persekitaran??
    ntahla...rosak rosak..

    ReplyDelete
  3. Shafiqa/P!q4h: Emmmm begitu lah remaja masa kini..bagus la awak masih bijak menilai dalam memilih untuk melakukan sesuatu yang bermaanfaat.Saya bangga dan gembira kalau berdepan dengan remaja yang bagus dan berwawasan.

    ReplyDelete
  4. Pak Pis : tentunya banyak faktor yang menyumbang kepada keruntuhan moral remaja masa kini. Namun, ibubapa lah insan yang paling bertanggung jawab dalam membawa anak-anak mereka ke destinasi yang mampu membanggakan....mari kita sama-sama berusaha untuk anak-anak kita...mudah-mudahan di rahmati Allah :-) aminnnnn....

    ReplyDelete
  5. amin..mintak2 anak saya tak macam tu...

    ReplyDelete
  6. Rasanya jadi macam tu akibat kebebasan yang keterlaluan dan tindakan selalunya yang tak berfikir panjang..

    Entahlah, takut bila tengok... lagi2 yg jenis suke gaduh depan org ramai..

    ReplyDelete