Assalamualaikum...
Hujung minggu, bila tak kemana-mana, aktiviti menjelajah blog-blog yang ditulis oleh rakan-rakan blogger satu aktiviti yang mengujakan. Ramai di antara kita yang berblogwalking dengan harapan agar blog kita juga akan disedari kewujudannya. Selain menambahkan followers dan juga traffic..itu tak boleh dinafikan!
Dalam pada itu, terlalu banyak maklumat yang kita boleh gain dari berblogwalking...macam-macam isu ada..nak apa? politik, hiburan mahupun isu-isu semasa..tak kira lah sumber itu sahih atau sebaliknya, sekurang-kurangnya knowledge kita sure improve.
Something good yang ada dalam alam blogging ni ialah,sangat jarang malah tiada kita jumpa bloggers yang mempamerkan kesombongan! setiap blog menawarkan cerita tersendiri. Ruangan tutorial yang ditawarkan juga sangat membantu. Everybody cuba sedaya upaya untuk share sesuatu yang baik dengan semua orang.
dalam banyak perkara dalam hidup ni, bila ada persaingan maka hati manusia akan mula di "rasuk" untuk berada paling depan dan cuba menjatuhkan orang lain...Tapi dalam alam blogging ini perkara tersebut tidak timbul... banyak blogger yang sering memberi nasihat dan tips-tips berguna terutamanya kepada 'pendatang baru" agar blog yang masih hijau itu mampu "bersinar" dan mampu menarik perhatian! Sungguh lain dari situasi kehidupan sebenar yang sering ditempuh....
Mungkin ada lah juga sikit-sikit unsur-unsur sebaliknya...tapi sepanjang aku bergiat dalam berblogging ni...belum ku temui dan harapnya tidak ditemui.....
Sesungguhnya berblogging ni menjadi tempat untuk semua orang "berkongsi"! Tiada lagak dan tiada kesombongan yang terserlah di sini...... Semoga terus kekal begini :-)
InsyaAllah harap2 tiada kesombongan,blagak dalam bidang berblog ni..siapa lagi kalau tak kita support sesama blogger kan..selamat maju jaya dan happy berblogging :)
ReplyDelete