SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 4 October 2011

Hidup Berabad Lama Tapi Cara Berbudi Bahasa Pun Tak Tahu!

Assalamualaikum.....
Beberapa hari ni entri yang aku tebarkan kat blog ni bunyi macam "demam" sikit...hehehehe...maksudnya macam ada unsur-unsur emosi (marah)....ya lah, kalau demam memang mood kita berada dalam keadaan tidak stabil, tak gitu???
Aku tak demam ya :-) hahahaha.... bahasa entri ni je yang demam!

Cerita ni sebenarnya tak lah ada kena mengena sangat dengan aku cz aku memang malas nak berurusan dengan orang yang tak tahu "budi bahasa" ni...malas nak layan, buat semak otak je....aku cuma perhati je dari jauh... nak buat macam mana benda berlaku depan mata, kalau di tegur kang lain pulak cerita nya. Umur dah dekat setengah abad, tak kan cara nak berbicara dan berurusan dengan orang pun belum pandai lagi.
Berurusan dengan muka yang macam rimau! suara dan tonasi yang langsung tidak ada unsur-unsur "mesra" akan menyebabkan sesiapa saja menyampah dan tentu sekali menjadi "bahan bualan" (dengan kata lain umpatan lah!). Kita pun tahu mengumpat dan mengata itu dosa, tapi kalau sebelah pihak lagi tu "membuka dan memberi laluan yang maha luas" untuk orang bercakap mengenai dirinya...apa cerrrr!?????
Pendekatan aku mudah saja...jauhkan diri dan elakkan dari mempunyai urusan dengan orang yang sebegitu. dah beberapa entri aku tulis tentang cerita yang seumpama ini..bukan sengaja nak diulang-ulang, tapi kekerapan bertembung dengan wajah dan perangai manusia sebegitu membuatkan aku terpanggil berulang kali untuk meluahkan benda yang hampir serupa!

katakan saja!: bukannya susah sangat untuk bercakap "baik-baik" bila berurusan dengan orang lain, tapi itu lah manusia..mungkin merasakan diri nya tu ada kelebihan! bila ditenung-tenung tak nampak langsung kat mana-mana pun kelebihan yang kononnya di kendung! Meluat!

2 comments:

  1. Zemint Firdaus: emmmm setuju. Kasar ke my language kat entri ni? emmm so sorry.

    ReplyDelete