SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 27 October 2011

Betul Ke Box-office Filem Ni?

Assalamualaikum dan salam buat semua.


Filem ni kira nya dah berakhir dari tayangan kat panggung-panggung. Tak terbaca la pulak berapa kutipan yang diperolehi..(gamaknya, wartawan pun malas nak ikuti perkembangan filem yang dibikin oleh mamat "derhaka" ni).ya lah..Filem ni tak lah sensasi sangat tapi pengarah dan pembikin filem ni yang lebih sensasi nya!. Sensasi yang sengaja dicipta sejak dari dulu lagi...entah apa-apa! mamat ni tetiba jadi popular, siap boleh buat filem lagi...dan terdengar jugak siap nak jumpa Perdana Menteri lagi kala filem dia hadapi masalah untuk ditayangkan tempoh hari! Memandangkan aku langsung tak beminat dengan mamat cina ni (bukan menghina ya, memang dia berbangsa cina) so tak ambil tahu sangat lah pasal dia mahupun filem dia!
Tengok Tajuk Nasi Lemak 2.0 pun dah tak ada rasa nak tengok...apapun ada juga blog yang beria-ria review filem ni kaw-kaw..siap bagi 4/5 bintang lagi..hahahahah....biasa lah dijemput untuk promote so kena lah promote!
Tak kisah lah....Apapun ada  terbaca yang filem Nasi Lemak 2.0 si Namewee ni box-office. Sampai boleh buat kutipan lebih 6 juta! ye ke?...emmmmm macam tak caya lak. Jangan kata 6 juta, 6 ratus ribu pun entah ya entah tidak!
Kalau betul lah, mesti mamat ni akan lebih bongkak dan berlagak!
Kalau filem ni di siarkan kat TV percuma (RTM/TV3) pun aku tak ingin nak tengok...banyak lagi cerita lain boleh dilayan. Buat apa nak sokong warganegara yang menghina negara nya sendiri then lepas tu mampu mencuri perhatian ramai orang! Perhatian yang menguntungkan dia! Lepas ni dia akan buat lagi apa yang dia suka!

Katakan saja!: filem dia tu tak ada apa-apa salah tapi sikap dia tu yang buat kita rasa menyampah!

No comments:

Post a Comment