Assalamualaikum...
Sumber Gambar: Fan Page FB. Vokal-Bukan Sekadar Rupa. |
Memandang tadi sempat melayan rancangan hiburan terbaru TV3, Vokal-Bukan Sekadar Rupa. Terpanggil untuk menulis sikit tentang rancangan tu. Kesimpulannya (secara am), terlalu ramai anak melayu yang memang bercita-cita untuk menjadi penyanyi! Kalau buat survey tentang cita-cita budak-budak sekolah rasanya mereka yang memilih untuk menjadi selebriti yang dikenali ramai terutamanya penyanyi dan pelakon pasti berada di tempat yang tertinggi!
Entri nak bukan lah nak mengulas secara terperinci rancangan tersebut atau nak condem mereka yang menyertainya, alah, cuma sekadar nak menulis dari persepsi aku sebagai seorang penonton.
Sekali fikir, baik juga TV3 buat rancangan Vokal-Bukan Sekadar Rupa ni, sekurang-kurangnya mereka yang ada bakal menyanyi dan mempunyai suara yang bagus boleh lah masuk TV bertanding dan disaksikan oleh puluhan ribu penonton. Berpeluang lah kiranya mengecapi alam glamour buat seketika. Kalau rancangan sebelum ni, semua peserta yang masuk selain dari boleh menyanyi, nak juga kena ada pakej dari segi rupa dan gaya. Bagi mereka yang berbakat tetapi kurang bernasib baik (tidak dikurniakan dengan kecantikan dan kekacakan) selalunya akan terpinggir...
Persoalannya, sejauh mana mereka yang menyertai rancangan ni boleh pergi dalam industri hiburan tanahair kita ni. Sedang bersepah bakat yang tampil dengan pekej lengkap pun ala-ala terkapai-kapai mencari hala tuju?
Kalau memang TV3 buat rancangan ni untuk beri peluang mereka masuk TV semata-mata,tak apa lah, tapi rasa nya para peserta yang datang untuk uji bakat dan berjaya masuk tu tentunya memasang angan-angan yang tinggi bahawa suatu ketika kelak mereka mahu berjaya menjadi penyanyi yang berjaya dan mungkin mahu menjadi "tersohor" atau lagenda macam Dato CT tak pun macam Jamal bagi yang lelaki! Alamak!!!!!!
Memang tidak salah memasang angan-angan ataupun cita-cita tetapi realiti yang boleh kita nampak depan mata! Tengok saja pada rancangan-rancangan pertanding realiti TV sebelum ini macam Mentor, Akademi Fantasia, Bintang RTM (Zaman ni), dan segala bagai lagi, apa jadi dengan Finalist malah juara bagi setiap pertandingan tu...Tersohor ke mereka? dah jadi lagenda ke? Jangan kata nak muncul sebagai legenda, satu album pun tak keluar, yang bernasib baik mungkin mampu untuk keluarkan satu single, tu pun popular la seketika, lepas tu...sendu! Bagi yang ada pakej rupa, boleh lah buat "penghijrahan"menjadi pelakon drama mahupun filem itu pun setakat pelakon pembantu malah lebih menyedihkan jadi "extra" tanpa dialog! huhuhuhu.....
Memang semuanya berbalik kepada soal rezeki! tapi yang menyedihkan bagaimana ghairah nya anak-anak muda kita ni nak sangat jadi artis! tengok la masa uji bakat, yang berjaya menangis beria-ria sebab terlalu gembira kononnya dan yang kena reject teresak-esak akibat terlalu kecewa! seolah-olah tiada lagi esok untuk mereka!
Berbalik kepada rancangan Vokal-Bukan Sekadar Rupa ni. Bersedia kah rakyat Malaysia (orang melayu terutamanya) untuk memberi sokongan padu pada mereka yang sangat berbakat ini tetapi kekurangan dari aspek personaliti luaran. Jangan kata penonton atau pendengar tapi syarikat-syarikat penerbitan akhbar dan majalah hiburan sendiri, bersedia kah mereka untuk memberi ruang kepada mereka ini untuk menjadi "bahan berita" yang bakal dijual. Tak caya lah kalau ada majalah akan jadikan mereka cover depan! entah-entah beberapa inci ruang pun tidak berpeluang!
Selalu kita dengar orang kata penonton ataupun peminat hiburan tanahair double standard, tak macam kat Hollywood. Hanya memberi sokongan kepada penyanyi atau pun pelakon yang cantik dan kacak saja! Kenapa begitu? Jawapan nya..pergi kedai dan tengok lah majalah-majalah hiburan yang ada, perhatikan cover majalah tu...semua nya hanya dihiasi oleh artis yang cantik jelita dan kacak bergaya saja walaupun bakat mereka "ala-ala" saja. (sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh) Pernah tak kita tengok Bob AF, Sahri AF, even Adidah Noor sendiri atau mana-mana artis yang diakui bakat mereka dalam nyanyian ataupun lakonan tetapi tidak "berpekej" berpeluang muncul sebagai cover majalah? jangan kata majalah hiburan, cover untuk akhbar sisipan pun tidak pernah!
So, pada peserta Vokal-Bukan Sekadar Rupa yang mungkin bergelar juara kelak..bagaimana ya?
Ehhh..panjang plak..cukup lah sampai sini!
Juri dan pengacara! Tiada pertikaian, dengan ilmu dan pengalaman mereka memang layak. Namun mereka tetap datang dengan pekej, tengok Erra Fazira! |
suara dia mantap.... kalah penyanyi yg sedia ada...
ReplyDeleteZaid: Yap memang mantap, cuma nya perjalanan mereka kelak dalam industri seni adakah akan semantap suara mereka?
ReplyDeletehuhu no komen la tak tengok pn mlm td.. malas hee ;)
ReplyDeletedalam erti kata lain..producer tv kita kt malaysia dh lack of idea...sikit2 nyanyi yg nk diketengahkan..geli...pastu peserta nangis2..euwww rasa cam nak....jer..klu ko nangis sbb x dpt masuk U xpe gak..
ReplyDelete