Assalamualaikum....
Sepatutnya petang-petang begini aku keluar mengeteh ngan kawan-kawan kat kedai mamak, petang ni rasa macam tak sedap badan pulak, dari dok baring-baring dan terlelap dekat-dekat maghrib ni tak elok, so ada baik nya menulis sepatah dua kata kat blog ni...
Semenjak dua menjak jadi blogger ni (masih dalam kategori sendu ya..hahahha..makna nya belum popular) ada juga kawan-kawan yang siap buat permintaan untuk aku tulis itu dan ini. Waaah! macam DJ yang putarkan lagu plak, boleh request lagu apa yang nak. Lucu jugak.
Pada aku, menulis walaupun dalam keadaan santai dan "suka-suka" ianya mesti lahir dari hati dan juga minda. Bukan boleh nak tulis sebarang. Kalau menulis sebab nak ikut apa yang orang suruh, rasanya penulisan tu akan jadi suatu penulisan yang "entah apa-apa" dengan kata lain maksud yang nak kita sampaikan tidak kesampaian. Ada juga kawan-kawan rapat yang bagi pendapat..."man, apa kata kau tulis bla-bla-bla (mencadangkan satu isu)". Emmmm....Kalau cadangan memang bagus, boleh kita pertimbangkan adakan perkara yang dicadangkan itu selari dengan apa yang kita fikirkan. Ini tidak, macam paksa plak suruh kita tulis benda yang dia nak...untuk apa? dia tu nak baca ke kalau kita tulis!? dan entri yang beria disuruh aku buat tu nak tuju kat siapa? entah-entah bukak blog aku pun dia tak pernah!
Sebenarnya aku menulis entri untuk blog, aku tak ada "target audience"...aku tulis ikut gerak hati saja dan mengikut "minda semasa". Apa yang aku rasa nak tulis so terpapar la kat blog ni...Kalau sesuai dengan pembaca, alhamdulillah dan kalau sebaliknya...maaf saja lah..:-)
One more thing, ku tak kan promote benda yang ku tak suka dan tidak berkenan!
Orang-orang yang banyak cadangan itu lah yang sepatutnya buat blog sendiri dan tulis lah apa yang dia suka! bukan nya sibuk menyuruh orang lain tulis apa yang difikirkan. Otak dia tentu sekali tidak sama dengan otak kita...kan? emmmm macam-macam!
Katakan saja!: mencadang dan menyuruh sampai bila-bila pun tidak sama!
hasil dari ilham sendiri lebih bagus dari idea org lain....
ReplyDeletekadang kala idea bersimapang siur payah nak syncronise belasah ajae ada ke tak de org nak baca kita baca sendiri.orang technical menulis
ReplyDeleteZaid: Thanks kerana jadi pembaca setia....:-) kesetiaan yang amat dihargai.
ReplyDeleteCik Gu : Mil, tak apa, yang penting kita tulis apa yang kita nak, soal orang nak baca atau tidak, beyond our control.
ReplyDeletesalam...bestnyer ada org bg idea.LM menulis sendiri.takda org sudi nak sumbang idea atau isu..saja je mengomel suka2 kat blog.dudlu byk idea 6-8 entri sehari..skrg satu 2 je..
ReplyDeleteLM: :-) memang best kalau orang bagi idea, tapi yang tak best kalau macam memaksa kita tulis apa yang dia fikir dan dia nak. kan lebih baik buat blog sendiri...hehehe...Tak pe Lydia, kalau ada idea yang banyak buat banyak entri, kalau kurang idea buat setakat yang kita mampu. same to me..skarang cuma 1-2 entri je sehari:-)
ReplyDelete