Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 7 October 2011

Terbaik Dari Setiap Orang.

Assalamualaikum….Salam untuk semua.
All day long aku tak sempatpun nak jenguk ke mana-mana blog mahupun blog sendiri, apatah lagi nak update enrti...now rasa free, baru lepas melayan drama hebat kesukaan aku Tahajjud Cinta. menang hebat sangat drama tu...really! kalau tak percaya tengok sendiri...

kali ini aku nak berbicara sikit perihal menulis entri oleh setiap blogger.(isu biasa-biasa je..) What im trying to say, semua orang yang terlibat dalam alam blog ni berusaha untuk menulis sesuatu yang dia rasa mampu menarik perhatian pembaca. Tidak kira lah apa jua tajuk ataupun cerita yang dipostkan. Dari rencana yang berbentuk hiburan, sukan, politik, ilmiah hingga lah kepada luahan perasaan semuanya diolah dengan cara yang terbaik. Terbaik itu maksudnya, bergantung kepada kebolehan, keupayaan dan kemahiran yang dimiliki oleh diri masing-masing.
Pada aku, tiada sesiapa pun yang “menulis tanpa ada perasaan”. Denga adanya perasaan itu lah memberi rasa kepada setiap apa yang ditulis. Menarik atau tidak bergantung kepada persepsi masing-masing. Ianya terlalu subjektif! Tidak salah untuk mencuba tetapi jangan sampai tertekan kerana terlalu mencuba untuk menjadi yang terbaik. Tiada sebarang unsur paksaan perlu hadir dalam berblogging ni.
Kadang-kadang bila kita baca entri yang ditulis oleh sesetengah blogger tu “entah apa-apa” tapi selesai je membaca rupanya ia mampu mengundang senyuman yang kira nya penuh makna juga. Itu makna nya walau macamana pun penulisan itu dihasilkan ianya tetap yang terbaik oleh orang yang menulis tu. Setuju tak? Hehehe…
Faktor nasib juga tidak terlepas, ada blog yang kurang pengikut tapi ramai pembaca dan ada juga yang ramai pengikut tapi traffic nya suam-suam kuku je…..
Ada yang update blog dua tiga entri seminggu tapi trafficnya mencanak-canak…dan ada yang update 3-4 entri dalam sehari namun trafficnya biasa-biasa je tak ada beza pun kalau hanya update dengan satu entri. So macam mana tu?
Jawapan nya berbalik kepada, kenapa kita berblogging? Masing-masing ada jawapan….

Katakan saja!: bila ada idea dan masa pula mengizinkan, nak je post kan lebih dari 3 entri sehari, tak kira lah traffic mencanak atau merudum, yang penting koleksi penulisan (entri) ku bertambah.:-)

No comments:

Post a Comment