Assalamualaikum....
Sumber Gambar: Kosmo Head Line Today and Google |
Entri ni aku nak tulis dengan emosi! Bukan apa memang sudah muak dan sakit telinga kita mendengar dan melihat cerita-cerita di media massa tentang gejala maha keji yang dilakukan oleh manusia gila yang tak berhati perut.Gejala Pembuangan Bayi!!!! Sakit telinga mendengar sakit lagi hati membayangkan nya!!!
Kalau pagi tadi, Front Page kat Kosmo: Bayi di Buang Dalam Perigi! dan baru kejap tadi di Buletin Utama TV3 SEEKOR Betina mencampakkan bayi yang baru dilahirkan dari Tingkat 2 rumah Flat! (dah kena tangkap pun): Sepatutnya betina itu dihukum campak dari tingkat 2 juga biar berkecai kepala otak dia...lagipun ada otak pun dia tak guna!
Walauapa pun alasan...Malu! Tekanan Hidup! dipersia! Tekanan perasaan! Dendam, benci atau apa juga........ membunuh bayi itu bukan jalan dan terjemahan kepada apa jua rasa!......
Aku tak berminat nak menghuraikan apa jua fakta atau aspek-aspek psikologi untuk diteliti..entri ni hanya lah untuk nak melepaskan rasa geram dan marah yang teramat sangat kepada betina-betina bodoh, jahil dan jahat itu! Manusia yang masuk setan lalu menjadi lebih setan dari setan betul! Memang Jantan yang membuntingkan nya pun sangat-sangat bersalah dan sesungguhnya hina dan keji....itu soal lain...soalnya betina-betina itu!!!!kenapa selepas 9 bulan membawa perut, lahir saja bayi itu lalu di bunuh!!!!!!!!
Bukan kah banyak lagi cara lain, kalau tak nak kan bayi tu sekalipun...tinggal kan saja di depan pintu mana-mana rumah atau serah kan saja kepada insan lain yang masih ada hati....
Dasyatnya!!!!......sangat dasyat! Maha Kaya Allah...jauhkan lah aku dan seluruh keturunan ku dari orang-orang yang hilang pertimbangan dan bertindak terlalu kejam itu.....Bersama-sama lah kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari terlibat dan ada kena mengena dengan manusia seperti itu....Akal serta kewarasan dikurniakan Allah untuk digunakan dalam membuat pertimbangan!!!!!!Binatang pun tahu sayangkan anak nya!
Tak daya nak bercerita dan mengulas tentang segala bagai kempen oleh pihak kerajaan dan badan-badanb berkenaan bagi membentuk kesedaran tentang isu ini, kempen tingal kempen, segala kesedaran yang ingin diterapkan hanya larut dalam "kesedapan beberapa minit" dan kesan nya sepanjang hayat!
Orang-orang macam itu (samaada betina atau jantan) bila dah kena tangkap mula lah tunjuk muka sesal...mula lah menyalahkan itu dan ini...konon nya "cinta" yang membawa mereka kekancah itu.....Sebenarnya manusia-manusia yang lebih setan dari setan itu tidak berhak langsung untuk bercakap soal cinta kerana cinta hanya untuk manusia yang punyai hati...bukan untuk mereka yang kononnya manusia tapi kebodohan nya mengatasi lembu mahupun kaldai!!!!!!!!!!!!!dan keji nya menyamai ibu iblis yang dah lanjut usia!!!!!!
katakan saja!: gerammmmm...sangat geram....best gak ada blog ni..sesekali lepaskan rasa!
itulah mannusia...setiap manusia berbeza....tak makan nasihat dorang tu kan....
ReplyDeleteC'Ayob: emmmmm begitu lah orang yang tidak menggunakan akal dan kewarasan. Nasihat memang tidak berguna untuk orang-orang seperti mereka! Thanks 4 dropping by :-)
ReplyDelete