Assalamualaikum..... dan salam hormat buat semua yang berkunjung:-)
Rasa nak mengulas sikit (sikit je..) tentang kes perceraian kakak kepada "Malaysian Sweet Heart", Dato'Siti Nurhaliza, ala peserta AF 6 tu..Siti Norsaida lah...cantik nya dah menghampiri kecantikan adik dia tapi bab popular dan bakat..emmmmm rasa nya sangat jauh lah! suam-suam kuku jua.....
KUALA LUMPUR- Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Berita: Kosmo.
Begitu lah pengajaran buat sesiapa saja yang menyimpan angan-angan untuk jadi insan popular. Bercerai bukan hanya melibatkan golongan artis saja, namun apabila masuk saja ke alam mereka, cabaran hidup pasti akan bertambah mencabar berpuluh-puluh kali ganda.Nak plak pada wanita yang dah berkeluarga. Selangkah ke masuk ke Dunia selebriti seolah selangkah keluar dari alam rumah tangga. Begitu lah perumpamaan yang boleh kita kata dari kisah-kisah kahwin- cerai yang melibatkan golongan artis sejak akhir-akhir ini.
Macam Saida ni, dah ada 4 orang anak, selama ini (15 Tahun) melayari alam rumah tangga dengan tenang, dek kerna (mungkin) ingin mengikut jejak adik dia yang dah muncul penyanyi lagenda negara, dia pun "malu-malu alah" ingin mencuba untuk muncul sebagai bintang dalam industri seni.... Setakat hari ini, jangan kata dah muncul sebagai bintang, tahi bintang pun belum lagi!
Kisah beliau nak bercerai rasa nya dah lama,(dari tahun lepas) tapi mungkin ada halangan memandangkan suami nya masih sayang dan masih ingin mencuba untuk menyelamatkan bahtera rumahtangga mereka agar tidak karam....pelbagai tawaran termasuk mengerjakan umrah ditawarkan oleh sang suami...!
namun di sebelah pihak lagi, si Saida ni sangat ingin bercerai! Bukan nak menuduh atau menyatakan si Saida ni jahat sangat tapi usaha luar biasa yang ditunjukkan untuk bercerai menyerlahkan kehebatan beliau sebagai "wanita moden masa kini"! Sedang suami berusaha untuk membina semula hubungan, mengurai kekusutan, mencantum keretakan, Saida pula terus nekad dan nekad untuk mendapatkan talak yang mungkin sangat berharga buat diri nya. Mungkin banyak lagi agenda dan impian yang ingin diraih oleh Saida apabila bergelar janda ! atau mungkin gelaran itu hinggap untuk beberapa hari saja...emmmm orang cantik, kejap je...lepas ni harus kena sambar!
Apapun yang kesiannya pasti anak-anak...!
"Sampai hati awak buat macam tu kat saya" satu ungkapan dari lelaki yang mungkin merasakan dirinya teraniaya dan dipersia!
Buat Ghazali...jangan terlalu kecewa dengan kegagalan hari ini...lepaskan saja wanita sebegitu...berikan apa yang dia sangat kehendaki, biarkan dia berlari meskipun menuju ke langit!
No comments:
Post a Comment