SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 9 October 2011

Just To Greet U!

Assalamualaikum...

Entah apa kena ngan aku pagi ni, tetiba plak nak buat entri tentang ucap mengucap!
Setiap hari kalau nak buat entri selamat pagi, selamat tengahari dan sewaktu dengan nya, alamat nya ada beratus-ratus entri ucap selamat dan orang yang mengunjungi blog aku ni tentu nya naik muak dengan entri yang sama...hahahaha..silap hari bulan boleh "muntah hijau" membaca nya.

Well....This is a very first time aku tulis entri bertajuk Ucap Selamat !
Bukan apa, nanti kejap-kejap lagi bila ada cerita dan idea boleh lah update entri dengan kisah-kisah yang sepatutnya...Sepatutnya? apa makna nya tu? :-) makna nya apa yang aku rasa patut dan nak kongsi dengan pembaca blog aku lah! no matter what, yang penting i've got something to share.
So sebelum semua itu, baik rasa nya aku nak wish good morning...kalau ada yang baca entri ni tengahari, so good afternoon and so on lah...
Sebenarnya semua orang ambil mudah tentang greeting ni..padahal ia nya mampu memberi kesan yang besar. Suatu perhubungan silaturahhim pasti akan terkesan ke arah yang lebih positif dengan greeting....event just a one words. Bagi orang muslim, Assalamualaikum tu tentu sekali membawa makna yang amat besar, bukan hanya sekadar keluar dari mulut dengan cara yang paling malas dan terpaksa. That is why setiap entri ku pasti mulakan dengan assalamualaikum.
Banyak benda dalam hidup ni sebenarnya terlalu mudah untuk dilakukan yang mampu menjuruskan kita ke arah kehidupan yang mampu dipenuhi dengan "bunga-bunga cinta" yang tentunya boleh membawa bahagia yang didambakan oleh setiap orang pada setiap ketika.
So everbody...Selamat Pagi! Selamat Sejahtera!

Katakan saja:! all the greeting mesti disertai dengan senyuman yang melebih 10 saat! kalau kurang dari 10 saat maka senyuman itu diiktiraf sebagai TIDAK IKHLAS!

No comments:

Post a Comment