Assalamualaikum, dan salam buat semua.
Bila ada orang bagi comment tentang entri yang kita post kan dalam blog, makna nya orang tu baca entri kita. Right? Itu antara perkara yang sangat mengembirakan sesiapa saja yang bergelar blogger. Tak kira lah blogger newbie ataupun dah otai. Antara sebab kita menulis adalah sebab ada orang yang membaca. betul tak?
Same to me, bila ada orang bagi komen kat ruangan komen, aku mesti cepat-cepat respon sebagai tanda menghargai orang yang memberi komen tu.
Memandangkan my blog ni banyak dibaca oleh rakan-rakan terdekat so banyak juga komen yang mereka berikan secara verbal (bersemuka). Paling banyak sekali tentang "spelling error". " kau tak edit dulu ke penulisan kau sebelum disiarkan, banyak juga ejaan yang salah". Begitu lah bunyi komen dari kawan-kawan yang prihatin. Thanks guys!
By the way, selepas siap satu-satu entri, aku memang baca dulu sebelum publish, baca semula untuk memastikan apa yang ditulis tu difahami, dan kadang-kadang banyak tak terperasan tentang ejaan. Memang ambil mudah pun, kerana aku turut terpengaruh dengan blog-blog yang laris "di halaman". Mereka juga aku tengok tidak menitik beratkan tentang ejaan, namun bagi aku mereka sengaja cz kebanyakkan blogger begitu selesa menggunakan bahasa ringkas ataupun bahasa sms. itu yang menyebabkan orang tak perasan bahawa mereka tersilap. Aku pun sebenarnya teruja juga nak gunakan bahasa-bahasa santai yang nampak "mesra pembaca" tapi dengan umur yang begini, tak berapa nak pandai. Selain itu, setiap kali menaip sms pun ku selalu guna ayat dan perkataan "penuh" dan kalau ringkasan pun untuk perkataan-perkataan yang dah familiar macam yang=yg. Kampung=kg. Assalamualaikum=a'kum dan beberapa lagi. Ringkasan orang muda-muda sekarang tak tahu sangat :-)
Pun begitu, dalam berblogging ni kalau tulis entri dengan bahasa yang penuh "tertib" pun orang kurang gemar jugak. bak kata kawan aku, macam baca buku sejarah lah pulak...hahahaha...
So, aku selesa dengan cara sendiri. Menulis macam bercerita. Tentang ejaan tu, insyaAllah akan diberi perhatian juga nanti.
Once again..terima kasih sebab sudi membaca!
bila ada komen, kita rasa mcm penghargaan.. tu yang best tuu..
ReplyDeletebila ada org tegur untuk lebih baik, memang akan lebih rasa dihargai.. tak sangka dia begitu teliti dalam penulisan...
tadi saya dah ada buat teguran pasal perenggan, harapnya lepas ni post2 sini okey ye :D