Assalamualaikum...Salam Petang Jumaat buat semua.
Pagi ni, aku menerima sms dari kawan baik aku...Kesian kat dia, tolong kawan lama (bagi hutang) sebanyak RM3K. Kawan masa sekolah dulu yang katanya baru buka perniagaan, tak tau lah pulak berniaga apa. Janji nak bayar dalam masa sebulan (kira nya bulan ni lah).emmmmmm ado? nampaknya kawan baik aku tu terpaksalah menunggu beberapa bulan lagi janjinya. Hinggakan untuk bulan ni member ku tu dah resah gelisah, banyak juga hutang-hutang sendiri yang perlu dijelaskan dan tidak terjelas macam hutang kereta, bil-bil dan sebagainya. Kesian dia.
Dia memang minta bantuan, tapi almaklum lah hujung-hujung bulan begini, masing-masing ada komitmen yang perlu dilunaskan.
Begitu lah perihal orang berhutang ni, time nak berhutang, mulut bukan main manis lagi, siap janji nak bayar dengan segera, tapi bila ada duit, jangan kata nak bayar, jumpa kita ni siap mengelak lagi..kalau terserempak tu buat bodoh je. Bila kita mintak, mula lah buat janji-janji manis yang baru, tak pun berpuluh masalah diluahkan untuk mendapat simpati!
Aku ni bukan jenis yang kaya raya pun, tapi kerap sangat jadi tempat orang mintak untuk berhutang. Memang tak salah malah sangat baik menolong, tapi kalau janji nak bayar dalam seminggu dua jadi setahun dua macam mana tu? Pengalaman aku, pernah kawan berhutang dengan aku sebanyak RM5k dan melangsaikan hutang tu sikit-sikit mengambil masa selama hampir 7 tahun...Sedih juga tapi dah nama pun kawan, nak buat macamana?.....susah sangat. Dan hingga sekarang ni pun ada lagi hutang-hutang yang dah jadi hutang lapok! Tapi orang yang berhutang tu bila jumpa kita muka riang-ria je.....entah lah! Dunia-dunia! Sebab tu lah sekarang ni serik rasa nya kalau bab-bab berhutang ni.Aku sendiri pun, kalau ada masalah kewangan, lebih baik berhutang dengan bank atau kredit kad dari berhutang ngan kawan-kawan, risau kelak akan menyusahkan mereka kalau kita terlewat bayar ataupun tak mampu nak bayar.
Sebab tu la aku pesan kat kawan baik aku tu, kalau orang nak hutang banyak-banyak tu, cakap je tak ada senang cerita. Buat apa kita membantu dan akhirnya kita sendiri yang tersepit. Dah la resah, hati pula sakit. Aku kira situasi begini kita tidak kejam. Kan?
No comments:
Post a Comment