SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 27 October 2011

Bila Naik Kan Harga Mula Lah Banding Ngan Negara Lain! Klise!!!

Assalamualaikum...

Hebat sungguh FAM! Walaupun Menteri yang berkaitan mintak pertimbangkan semula harga tiket bola untuk final Piala Malaysia nanti..mereka ada peduli???! Mereka tetap dengan keputusan mereka dan ada saja alasan yang diberikan.
Macam lah mutu permainan final nanti akan meningkat seiring dengan peningkatan harga tiket!
Aku sebenarnya bukan kisah sangat cz tak mungkin akan ke Stadium pun (pasukan kesayangan aku, negeri ku, kelantan dah kalah..huhuhu) cuma kesian la kat para penyokong Teganu dan juga Negeri 9! Peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir pasukan kesayangan mereka (masing-masing) bukan nya datang saban tahun! Tak boleh ke FAM kenakan harga biasa dan anggap lah ia hadiah untuk para peminat bola sepak tanahair..ini tidak, seolah-olah mengambil kesempatan pulak...macamana lah sukan negara kita ni nak maju!!!!?
Dah lah kos-kos untuk ke stadium pun meningkat...alahai!
Berikut Statement yang konon nya sangat "baik" kenapa harga tiket dinaikkan:-

Namun, suka saya jelaskan bahawa harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan.
“Lagipun, hasil penjualan tiket itu nanti akan dibahagi dua kepada pihak persatuan bola sepak negeri iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu selepas ditolak dengan kos-kos penganjuran perlawanan akhir itu nanti.
“Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan ini untuk menyumbang kepada tabung bola sepak negeri masing-masing,” kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM mendedahkan bahawa harga tiket aksi final Piala Malaysia itu merupakan kedua terendah berbanding negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
“Kami telah membuat kajian bahawa selepas Singapura, Malaysia adalah negara kedua yang menjual tiket dengan harga terendah,” tambah Hamidin.
Terdahulu, pelbagai rungutan timbul dalam kalangan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang menganggap harga tiket yang diputuskan FAM itu adalah terlalu mahal.
Malah, Ahmad Shabery turut meminta FAM mengkaji semula harga tiket tersebut kerana dianggap mahal bagi penyokong-penyokong kedua-dua pasukan terutama yang kurang berkemampuan.
Kelmarin, sekumpulan penyokong Negeri Sembilan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket final itu.
Sumber: Kosmo online.

Katakan saja!: Banyak lagi cara lain untuk menyumbang...dengan naik kan harga tiket ni makna nya memaksa orang untuk menyumbang! adakah ia nya betul? Meluat!

  

3 comments:

  1. ahahlah... nasib baik x minat bola. Tiket bola pun tak tau camne ropenye... ha,ha!

    ReplyDelete
  2. Aimie/Za: Emmmm nasib baik tak minat, kalau tak, harus lah terbang 50 hinggit! hehehehe..

    ReplyDelete