Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 4 October 2011

Semoga Kerana Keinsafan..... bukan Selainnya.

Assalamualaikum.....
Entri lewat Malam.....Nak juga tulis sepatah dua kata walaupun mata dah mengantuk sangat dah ni.Sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.40 pg.


Sebenarnya baru balik dari mendengar ceramah motivasi yang hebat kat sekolah tadi, ceramah yang diaturkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah untuk para pelajar tingkatan 5 oleh penceramah yang dijemput khas dari KL (konsultan).
Ceramah yang bercorak kerohanian, banyak menyentuh soal hijrah diri dan anak yang soleh.
Kisah nilai cinta dan pengorbanan ibubapa ternyata mampu membawa para pelajar untuk larut dalam emosi yang membawa kepada sentuhan rasa yang begitu mengesankan.
Bahan ceramah yang agak ringkas, tapi gaya persembahan, tonasi suara menjadikan ceramah tu sungguh menyentuh hati.
Gubahan kata-kata serta lagu-lagu yang dimainkan sangat related dengan apa yang diucapkan.
Ramai pelajar yang teresak hiba....dan mejoriti dari mereka mengalirkan air mata.
Kami warga pendidik yang turut bersama-sama, juga menahan sebak di dada. Doa dan harapan kami, air mata yang menitis itu adalah kerana keinsafan dan keinginan kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bukan hanya kerana permainan emosi dan kata-kata yang dicetuskan perceramah semata-mata.
Jangan malam ini menangis hiba dan insaf esok pula ketawa terbahak-bahak sehingga kan hari kemudiannya air mata pun rasa tertipu untuk mengalir lagi wpun ketika itu diri benar-benar diulit sedih yang hanya diri sendiri saja yang mengerti!
Seperti yang aku selalu tebarkan disini....komunikasi adalah suatu kuasa yang mampu mengajak mahupun memujuk insan untuk bersikap seperti yang sepatutnya!

Katakan saja!: emosi nyata tersentuh bila membicarakan soal cinta, kasih sayang dan juga pengorbanan kedua ibubapa kita.

No comments:

Post a Comment