Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 14 October 2011

Taman Permainan Punya Cerita!

Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua.

Anak-anak aku seperti biasa, kalau mama dia outstation mula lah demand, nak ke taman la, nak main game lah dan macam-macam lagi permintaan.
Petang tadi, mereka demand nak gi taman permainan, tak nak yang dekat dengan rumah, nak taman permainan yang ada kat bandar, cantik katanya.
"papa, kita orang tak pernah pergi taman yang kat bandar tu, Abg Adi tengok masa lalu dengan kereta, cantik la taman tu, jom la kita pergi!"
Emmm aku sendiri pun sepanjang dok kat Bentong ni tak pernah pun singgah kat taman tu, memang nampak cantik, aku malas nak bawa anak-anak ke taman permainan tu cz sepanjang  lalu lalang kat situ aku selalu nampak taman tu macam tempat orang dating je...selalu nampak pasangan remaja berdua-duaan kat situ..apapun memandangkan permintaan anak-anak so aku ikut je lah....

Kalau dari jalan raya, memang taman ni nampak tenang dan cantik. Sesuai untuk tempat rehat. Ada beberapa permainan untuk kanak-kanak...memang dari dalam kereta, taman ni rasa nya sangat sesuai untuk bawa anak-anak beridah waktu petang! TETAPI.....

Bila masuk je....Frust sangat tengok permainan yang ada kat sini! Nampak sangat tidak dijaga. Jangan kata di jaga tapi dirosakkan oleh mereka yang nyatanya tidak ada kesedaran sivik!

Hahahaha....Benda alah ni pun boleh dibakar! Sapa punya kerja lah gamaknya. Papan gelongsor pun dah uzur tahap "gaban"! Mahu terkoyak bontot budak-budak kalau main gelongsor ni!
Ayoyo.... Ni Permainan apa ni?

Permainan yang sepatutnya boleh digunakan habis "jahanam"!
Alang-alang dah datang, main je la apa yang boleh....
"papa, ni taman permainan apa macam ni? tak nak datang dah lain kali...."! Budah 5 Tahun pun boleh menilai.

Entah lubang apa ! Ini boleh mendatangkan musibah yang tidak baik....Pihak yang bertanggung jawab seharusnya menjaga dan memelihara tempat-tempat begini kerana ianya sering dikunjungi oleh ibu bapa bersama anak-anak.
Tak sampai 10 minit pun, anak-anak dah merungut nak balik.....dari dok mengadap permainan yang tidak boleh digunakan, baik lagi pi kedai pekena teh tarik...... Anak-anak aku pun dah pandai mengeteh! hahahaha...Lagi puas hati!
Abang Adi muka tak puas hati....Puteri tetap "Pose"!


3 comments:

  1. Alahai . teruknya facilities kat situ . Bawak jelah ke taman tepi sungai marong tu cikgu . Tapon kat dalam Kg Baru pon ade gak taman permainan . ^_________^

    ReplyDelete
  2. Sya.Ahaaa memang sangat teruk! memang biasa pergi kat taman sungai marong tu, tapi kali ini kiranya nak cuba tempat baru la kononnya..hahahaha...kat depan the store tu! sendu!

    ReplyDelete
  3. teruknyee.. xde sape amik perhatian ke kerosakn situ.. huhu dari main kt taman, baik lepak kedai mamak kan..

    ReplyDelete