Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 7 October 2011

Tanda Sokongan Buat Orang Yang Banyak Menyokong.

Assalamualaikum....
Entri ni just nak promote blog sahabat aku yang selama ni banyak menyokong dan memberi dorongan untuk aku berblogging. Untuk makluman,aku dan sahabat ku, Cikgu Nua ni buat blog pada waktu yang sama, malah dia lah yang ajar aku how to create blog. Namun disebabkan tuntutan kerja hakiki dia (ketua warden.. ok)dan masalah line internet kat kawasan sekolah menyebabkan dia kurang aktif berblogging. Namun, sesekali bila dia update entri, cerita yang dipaparkan kaya dengan mesej dan penggunaan bahasa yang betul dan hebat.(al-maklum lah cikgu bahasa Melayu)
Entri ni aku buat khas sebagai tanda penghargaan buat dia. Sebenarnya aku belum layak lagi untuk nak buat segmen-segmen memperkenalkan blog orang lain seperti yang banyak di lakukan oleh blogger-blogger yang hebat dan ramai pengikut kerana blog aku sendiri pun suam-suam kuku dan belum ramai pun yang sedar akan kewujudannya. Pun begitu ini bukan segmen "terjah" atau apa, ini adalah terjemahan kepada penghargaan dan rasa ingin membantu kot-kot boleh memeriahkan lagi blog sahabat aku tu... Bagi aku blog dia adalah blog "Diam Berisi".
Kalau tak percaya...click la kat header yang aku dah paste kan kat bawah ni..ok.



Katakan saja!: untuk membantu tiada istilah layak atau tidak layak...kan? hehehehe...

No comments:

Post a Comment