SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 6 October 2011

The Red Warriors Really Warrior!


Assalamualaikum…Salam Buat Semua.

Terkesima dan teruja! 
Two words yang dapat aku katakan bila membaca laporan “back cover” akhbar sinar harian hari ni.
Dua laporan di Akhbar Sinar Harian ni membuktikan TRW berada pada kelas yang tersendiri dan sesungguhnya usaha yang luar biasa pasti akan membuahkan hasil yang luar biasa juga. Paling menarik tentang Pasukan The Red Warriors ini adalah para penyokong yang kesetiaan mereka sukar digugat!:-)

“TRW lonjak nama Malaysia” tajuk yang digunakan oleh wartawan yang menulis.

Sebagai rakyat kelantan dan peminat bola sepak Malaysia, aku antara jutaan rakyat kelantan lain yang cukup berbangga dengan pencapaian ini. Pasukan (kelab) yang telah diangkat sebagai yang ke 7 terbaik di rantau Asean dan yang ke 317 terbaik di seluruh dunia! Bayangkan, beribu-ribu kelab bola sepak yang ada kat atas muka bumi ni…dan yang ke 317 terbaik sangat membanggakan!!!! Wow! Satu pencapaian yang sangat luar biasa. Kelab glamour yang selalu kita tengok kat TV (Astro Supersport) , bermain dalam liga Gah  EPL, pasukan Wigan Athlectic dan Sunderland berada beberapa tangga di belakang Kelantan! Emmmmm sapa nak jawab tu? Hahahaha…
Laporan itu bukan nya “congakan tidak berasas” tapi ianya adalah fakta yang dikeluarkan oleh International Federation Of Football History and Statistic (IFFHS) yang berpengkalan di Jerman.
Bukan niat untuk menidakkan keupayaan pasukan lain, juga bukan lah nak menjadi terlalu “kelantanese” tapi berbangga dengan suatu pencapaian yang hebat adalah wajar. Lihat lah para penyokong The Red Warriors yang terlalu setia untuk pasukan ini. Kecintaan yang mencetuskan fenomena yang sukar ditandingi oleh mana-mana kelab penyokong yang ada di rantau ini…semoga kejayaan yang telah dipahatkan ini akan mampu dikekal dan pertingkatkan. Gomo kelate gomo! Go More!!!!!

Katakan saja!: berada di stadium untuk game yang melibatkan TRW, moment yang ditunggu-tunggu.

No comments:

Post a Comment