Assalamualaikum dan salam buat semua.
Nowadays kalau baca surat khabar atau mana-mana sumber berita sekalipun, kita tak terlepas dari dihidangkan dengan kisah-kisah pembunuhan ngeri, rogol, culik, samun, ragut dan cerita-cerita jahat manusia! Berdebar rasa hati, walaupun kisah-kisah itu tidak melibatkan orang-orang yang kita kenal namun ianya sudah cukup untuk mengambarkan manusia semakin terdesak menjadikan kehidupan ini penuh dengan kekejaman!
Itu kisah dalam surat khabar, but for this entry ku nak cerita tentang kejadian-kejadian seumpama itu kerap berlaku di tempat aku (Bentong Pahang) nowdays! Malah ada diantara nya juga telah masuk surat khabar.
Beberapa bulan lepas pasangan warga tua dibunuh dengan kejam (uncle kepada kawan aku), sampai saat ini pembunuh kejam itu belum dijejaki apatah lagi ditanggap. Selang beberapa minggu selepas itu, makcik India, tuan punya kedai runcit tempat aku selalu berhenti beli rokok juga di bunuh. Rumahnya dirompak dan beliau telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Selain itu, akibat bergaduh seorang lelaki bangsa India telah dikelar lehernya, berlaku di karak (juga dalam Daerah Bentong)
Minggu lepas, seorang budak sekolah Tingkatan 4 (16 Tahun) di rogol dirumahnya sendiri. Hanya 2 km dari rumah ku!
Dua malam lepas, 3 buah rumah di pecah masuk! Semalam 2 buah rumah juga dipecah masuk!
Menurut penduduk setempat (cakap-cakap kedai kopi), penjenayah yang memecah masuk rumah tu mensasarkan rumah-rumah kampung (sebuah-sebuah) yang ada anak dara! Selain merompak penjenayah itu juga sangat ingin merogol!!!!! Dasyat punya manusia berhati setan iblis maha celaka!!!!
Ada khabar-khabar menyatakan penjenayah itu jenis yang "menuntut ilmu"...kira-kira nya macam orang minyak lah! Mangsa yang dicari bukan hanya remaja, malah kanak-kanak walaupun masih bersekolah tadika!
Sekarang ni, orang-orang Bentong ni kira nya berada dalam keadaan yang resah dan risau! Kisah-kisah ngeri yang sering di baca di dada-dada akhbar sekarang semakin hampir dengan kehidupan kami di Daerah yang permai ini. Sesungguhnya ianya sangat menakutkan.
Apa lagi yang mampu dibuat selain menjaga diri, keluarga dan harta benda dengan cara yang terbaik. Berdoa kepada Allah yang maha Esa agar tidak diuji dengan ujian yang sebegitu menyanyat hati....Aminnnn....
.....dan berharap sangat-sangat biarlah penjenayah itu cepat-cepat ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang berat oleh pihak berkuasa!
katakan saja!: penjenayah yang merogol anak-anak kecil tu bukan hanya gila seks tapi memang betul-betul gila! gila segala-galanya..mental dan fizikal!
No comments:
Post a Comment