Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 9 October 2011

Berblogging Mendominasi aktiviti Harian?

Assalamualaikum... Salam Buat semua...

Malam ni rasa nak tulis sikit persoalan yang lintas dalam fikiran aku semenjak dua menjak ni (sejak bergiat aktif dengan alam blogging).
Semasa berblogwalking pun ada juga terjumpa entri-entri pasal ingatan dan tarikan yang kuat untuk berblogging di kalangan mereka yang ada blog..latest entri by Ben Ashaari pun siap tulis pasal mimpi dia yang mana kena tahan polis dengan panggilan blogger..hahahaha..siap terbawa dalam mimpi lagi... on this while, aku tak ada lah sampai termimpi-mimpi segala tapi rasa untuk mengupdate blog ataupun buat perkara-perkara yang berkaitan dengan blog ni tinggi keinginannya.
Biasanya  malam kalau tak ada apa-apa hal, mesti nak keluar minum dan borak-borak dengan kawan-kawan, but sejak akhir-akhir ni, keinginan tu agak "kureng" cz once dah mengadap benda alah ni, sedar tak sedar rupanya dah beberapa jam berlalu.
Begitu juga masa kat tempat kerja, bila tak ada kelas, rasa lebih releks dan tenang bila mengadap "benda ni" berbanding dari dok berbual kosong.......
Selain itu, topik perbualan dengan beberapa rakan-rakan yang juga ada blog menjurus kepada benda ni...sampaikan ada yang bersuara "kau orang ni asyik cakap pasal blog je..tak ada cerita lain lagi ke?"....
Emmmmm..entah lah..sama ada ini satu kebaikan atau sebaliknya. Sementara aku tengah gembira dengan apa yang aku tengah buat ni, aku teruskan lah....yang penting tidak mengusahkan sesiapa....Apa yang aku dapat katakan, aktiviti berblogging ini seolah-olah sedang mendominasi masa aktiviti harian aku!
Kalau ada yang tak suka, apa daya aku....
Namun, ada juga cakap-cakap yang kadang-kadang boleh demotivated aku untuk terus berblogging. By the way, aku tak selemah tu..cakap la apa saja...aku tetap akan buat perkara yang mampu membuatkan aku gembira..dan ini satu dari nya!


Katakan saja!: selalu pesan pada diri sendiri agar jangan menyibuk dengan apa yang orang lain nak buat dalam hidup mereka dan berharap agar orang lain juga jangan nak menyibuk terhadap apa yang aku buat! Namun tidak salah kalau berpesan-pesan untuk kebaikan. :-)

1 comment:

  1. heeeee
    sama dgn cekgu!
    sy rasa otak sy penuh sarat dgn blog
    hahahahaha

    ReplyDelete