SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 26 October 2011

Masih Kisah Cuti :-)

Assalamualaikum...Salam buat semua.
 
Rasa nya dah hampir seminggu tak menjenguk ke blog ni...memang sunyi dan sepi. harap seminggu bercuti tidak akan melunturkan minat untuk terus berblogging dan juga minat kalian untuk terus berkunjung ke sini...Kan before bercuti hari tu, ku ada tinggalkan entri berbentuk "memo'/pemberitahuan... Malam ni, Memandangkan kat rumah mertua ada line internet yang baik, so boleh lah update entri..kategori coretan biasa, isi masa lapang. hahaha..
Betul la, kalau tinggalkan lelama, bila start nak menulis , idea tak akan datang dengan laju..baru seminggu tinggal, kalau sebulan atau setahun, nak ambil masa dua-tiga jam untuk satu perenggan entri baru!
Seronok juga cuti kali ni, masa dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga. 3 hari 2 malam di Cherating dapat merehatkan fizikal dan minda. Paling penting, anak-anak pun seronok. Dengan bercuti begini memang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bercuti ni pun sebagai "hadiah birthday" untuk anakanda ku yang sulung, Adiputra Iskandar.(Genap 5 Tahun). Seronok mandi kolam, main gelongsor, jalan-jalan tepi pantai, lepak-lepak pekena teh tarik kat warung tepi pantai antara moment yang sangat indah bersama isteri dan anak-anak. Kalau ada lagi kesempatan, bercuti bersama keluarga ni seharusnya menjadi acara wajib!
Selain itu, Kira nya ambil kesempatan untuk balik kampung juga sebab Raya Haji nanti, cuti nya cuma sehari, alamat beraya diperantauan lah. Apakan daya! Tak pe lah, Bentong pun dah jadi macam tempat sendiri.
Sepanjang di kampung ini masa tentunya sangat berharga dan rasa singkat sangat. Tup-tup dah tinggal dua-tiga hari je lagi...
Buka je sekolah hari senin ni..emmmmmm macam-macam agenda yang dah tersedia untuk diselesaikan. Buat masa ni, malas nak fikir, nak habis kan cuti kat kampung dulu dengan penuh ketenangan.

Katakan saja!: seronok dok kat kampung musin-musim hujan ni, seronok makan ubi, macam-macam jenis ubi ada!

No comments:

Post a Comment