Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu buat semua.
Nak tulis apa ya? itu antara persoalan yang sering melintas dalam fikiran aku dan juga kebanyakkan mereka yang ada blog (bloggers)....
Macam hari minggu ni, kira nya "hari wajib" la untuk update blog, tak pun untuk aktiviti blogwalking...kan?
Sebenarnya terlalu banyak benda yang boleh ditulis untuk di share dengan semua orang...cuma kita je kadang-kadang "out of mood" untuk menulis...
Kalau kita baca paper, ada 1001 kisah dan cerita yang kita boleh ambil dan ulas berdasarkan persesi kita. kalau tak nak guna isu-isu atau cerita yang ada kat media massa, kita boleh luahkan apa jua perkara yang terlintas di fikiran. Macam aku hari ni, rasa tak nak guna isu-isu yang ada di akhbar, so aku tulis la skit pasal idea ni...Bukan apa, beberapa orang sahabat aku yang baru berjinak-jinak dengan alam blogging ni kata "tak ada idea" nak update entri blog masing-masing! so i said to them....nak idea macam mana? kalau tak ada idea sama seperti kita tidak bercakap dan memandang apa-apa sepanjang hari tu....
Alah...blog kita...kita tulis lah saja apa yang kita nak tulis....secalit dan beberapa patah perkataan pun kira nya idea juga ..dan blog kita considered UPDATE! hahahahaha...setuju tak?
Semasa berblogwalking, banyak juga kita jumpa blog-blog yang entri mereka ringkas-ringkas je...malah ada yang hanya sebaris ayat....dan ianya mampu membuatkan kita teruja..itu kreativiti nama nya...kalau kita belum mampu nak capai tahap untuk membuat kan pembaca "terkesima", cukup lah kalau kita mampu buat orang "tersengih je" atau tersenyum sumbing!....lebih kurang dah tu!
What im trying to say....nak update blog tak perlu menunggu hadir nya idea yang maha hebat dan maha kaya dengan ayat penceritaan yang mampu mengkagumkan ramai orang.... cukup dengan ayat yang bersandarkan keikhlasan kita untuk berkongsi idea yang benar-benar hadir dari hati dan fikiran....
No comments:
Post a Comment