Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 4 October 2011

Kita Hanya Merancang....

Assalamualaikum...
Tengahari begini tak ada apa- apa benda manfaat lagi yang boleh dibuat (kelas untuk hari ni pun dah habis)..mata plak berat je rasanya....dari dok melopong menunggu masa untuk balik, baik lagi aku buat entri.

Kalau mengikut perancangan awal, sahabat baik aku nak buat tempatan tiket untuk kami ke Beijing China pada 25 November ni, aktiviti bercuti dan melawat sahabat baik kami merangkap kakak (Kekanda Dato'Ruhaidini Abd.Kadir) yang sedang buat short course study kat sana. Kami plan untuk berada di sana dalam lebih kurang 10 hari. Memandang kan sahabat aku tu dah nak buat confirmation tiket, so aku juga kena buat confirmation!!!! call ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk confirm tarikh mesyuarat bagi pemeriksa kertas SPM. Sangat dukacita apabila dimaklumkan mesyuarat pertama akan berlangsung pada 29 Nov 2011 hingga 1 December manakala mesyuarat ke dua pula pada 19- 21 December 2011.
Sedihnya rasa hati...bukan apa, percutian ini adalah atas undangan. Sudah la tiket dan penginapan percuma...ada aral melintang pulak....mungkin tak ada jodoh untuk ke Beijing tu...huhuhu..
Pun begitu, selepas berbincang dengan sahabat aku, mungkin plan akan bertukar....selesaikan dulu segala urusan hakiki then bila dah betul-betul lapang, kami akan terbang juga ...nun jauh ke Negara China! Mudah-mudahan rancangan kali ni berhasil :-)

Katakan saja!: kalau bulan December, Negara China tengah diliputi salji...emmmmm best nya!

No comments:

Post a Comment