Assalamualaikum…
(beberapa minit lagi nak balik, nak jugak postkan entri....kalau tak sunyi sunyi dan sepi lah blog ni...)
Saban tahun bila masuk saja bulan Oktober suasana sekolah akan menjadi “busy” semacam dengan pelbagai program yang menjurus kepada peperiksaan. Para pelajar pun mula menampak kan “keinsafan” mereka untuk berusaha.
Dari pagi sampai ke malam program diatur.
Macam pagi ni, awal pagi lagi aku and my team (Panitia Matematik) dikehendaki memberi Motivasi pagi kepada para pelajar Tingkatan 5. (Program yang di aturkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah). Memang ada setiap pagi.
Memandangkan malam tadi kami panitia matematik dah mengadakan pra peperiksaan untuk pelajar kami (8.15-10.15 mlm) so untuk motivasi pagi ni tak ada apa-apa persiapan bahan untuk pelajar lah kira nya. Just talk!
Biasa la mula-mula nak bercakap tu, masing-masing kata tak ada bahan ni, nak cakap apa…..?????
As usual, aku mulakan “bermotivasi dengan pelajar”..katalah apa yang patut, dari aspek harapan hingga lah kepada tip-tip untuk menjawab soalan matematik. Masa tengah bercakap tu nampak dah kaunselor dok tengok-tengok jam… sepatutnya aku and my team diperuntukan lebih kurang 20 minit saja untuk bercakap, tanpa sedar, aku bantai dan 15 minit dan Guru Kanan Matapelajaran En. Thana pun sambung dalam lebih kurang 10 minit! Emmmmmm terlebih masa rupanya…
Memang selalu begitu, kalau belum mula, ada saja yang rasa “susah” dan “tak boleh” tapi bila dah mula, susah pulak nak berhenti..emmmmm memang selalu nya begitu!
Begitu juga lah dalam hidup ni…nak memulakan langkah pertama itu lah yang paling susah…bila dah mula……bahagia pasti menunggu dipenghujungnya..InsyaAllah!
Katakan saja!: kalau jumpa Microfon terus tak boleh berenti bercakap…AGM! Ahli Gila MIC! Hahahahaha…..
No comments:
Post a Comment