Assalamualaikum.
Berpeluang juga buka blog ni, sepanjang hari ini betul tak berpeluang nak jenguk...ish-ish..sibuk sokmo!
Aku sendiri pun dah naik bosan nak tulis pasal sibuk ni..sebab semua orang pun sibuk! Tapi nak kena tulis jugak,walaupun dah puas "ngejas" dah untuk manage masa namun tetap ada juga benda yang perlu diselesaikan tapi tetap tak dapat selesai! Ada lah beberapa halangan yang menyebabkan ada kerja-kerja terbengkalai.
Hari ini walaupun hati nak sangat mengupdate blog tapi ku gagahi diri agar untuk tidak membuka blog, ya lah nanti ralit pulak then mula lah perkara yang aku patut selesaikan dahulu tu tak selesai!
So dengan tidak mengupdate blog adalah kerja-kerja yang kononnya nak selesaikan tu beres? emmmmm sedih! tetap tak beres.
So sebelum tidur, nekad nak juga buat entry baru, walaupun bukan cerita sensasi..hanya coretan biasa-biasa saja.
Bukan kah blog ni tempat untuk meluahkan selain menjadi peneman yang baik kala hati dilanda resah dan gelisah.
Apapun, nak luahkan sedikit rasa kecewa aku....kecewa sebab idea dan buah fikiran aku (sudah siap dalam bentuk paper work pun) telah dicuri dan di cilok orang! bukan setakat cilok untuk simpan tapi idea itu telah dilaksanakan dan pencilok tu serta kuncu-kuncu mendapat manfaat/keberuntungan yang banyak! Ku dan teman-teman ku..emmmm...berputih mata lah tema nya...huhuhuhu....Tak perlu jelaskan apa dia, cuma begitu lah sifat manusia. kekejian tetap bersarang dalam diri walau dalam apa jua situasi...sabar je lah!
Esok last day sekolah before bercuti untuk perayaan Deepavali. Sekolah cuti seminggu. So aku sekeluarga dah plan nak bercuti semalam dua kat resort di Cherating! Nak releks kan diri. Cuti dari kerja dan kesibukan yang sering mencengkam sejak akhir-akhir ini.
Come back dari cuti tu, banyak juga lagi agenda yang perlu diselesaikan, almaklum lah SPM dah sangat hampir.....
Pejam-celik masa berlalu sangat pantas....dah nak cuti sekolah hujung tahun dah pun....
Bila cuti nanti bz ngan semak kertas SPM....
Kadang-kadang rasa rutin saban tahun tu sama jeee.....
Apa nak buat, dah kerja aku begini...
Ok lah....dah dapat buat catatan ni, kira puas hati lah....
Jumpa lagi next entry :-)
No comments:
Post a Comment