Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 16 October 2011

Sibuknya Semua Orang....... :-(

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang singgah kat sini.

Tugas-tugas hakiki untuk hari ni kiranya dah selesai dan beres! Lega rasa nya.
Tadi lapar sampai mengigil. Once dah pekena nasi goreng special kat kantin, terus rasa nak tidur la plak...gitu lah!
Apapun, dari dok terbongkang melayan kekenyangan, lebih baik update blog. 
Benda yang aku nak kata ni memang dah kerap kali dah aku tulis dalam entri yang terdahulu dan ramai juga blogger yang membicarakan soal ni...soal sibuk!
Betul la...nowadays persekitaran kerja aku dipenuhi dengan orang-orang yang sibuk.banyak sangat kerja gamaknya. Bila dah rasa sibuk sampai cakap pun masing-masing serius semacam je..muka jangan cerita lah..kerut seribu!
Masa makan pagi cakap pasal kerja yang belum beres, time lunch pun masih sambung cerita yang sama...alahai...begitulah kalau musim sibuk ni, 24 jam pun tak cukup, tema nya! Tuntutan kerja lah katakan. Kesiannnn........So aku tak sibuk ke?
Emmmmm malas lah nak bagitahu seantero alam yang aku ni sangat-sangat sibuk. Cuma sesekali ada lah juga update status kat FB, just bagitahu tentang kekangan masa yang tak mengizinkan aku untuk update entri baru. Tu pun sebenarnya tanda hormat pada pembaca setia blog aku...kot-kot mereka tanya, mana entri baru? atau anggap aku hot-hot chicken shit! hahahahaha..(pinjam kata-kata kawan aku- english versi negara mana, ku tak tahu ya).
Sibuk tu sebenarnya bukan benda yang negatif pun, malah ianya membuktikan bahawa kita ni komited dengan kerja masing-masing hingga tak cukup masa. Cuma kadang-kadang keseronokan berkerja tu bagaikan hilang akibat kesibukan yang tidak menentu. Kalau sebelum nya, sempat berborak kosong dan gelak-gelak namun sekarang jangan kata nak gelak, senyum pun dan sumbing lagi tawar!
Entah lah, hanya kita yang tahu kerja kita..Buat lah apa yang kita fikirkan patut!
kesibukan yang melanda tu biarlah kerana keikhlasan kita untuk melunaskan tanggung jawan yang wajib ke atas diri kita. Jangan ada sebab-sebab lain yang mungkin "memudaratkan" diri sendiri kelak!



Katakan saja!: kalau tak sibuk pun buat-buat sibuk! hahahaha...

2 comments:

  1. bz sampai kadang2 buat2 bz....haa...agak2 sape tuuu? hihi

    ReplyDelete
  2. hahahaha..ramai yang buat-buat bz :-)apa pun jangan kita peduli sangat! ada aku kesahhhh!

    ReplyDelete