Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 2 October 2011

Pagi Isnin Ni Bukan lagi “Black Monday”.


Assalamualaikum untuk semua...
Bagi mereka yang bekerja, hari Isnin selalu nya menjadi hari yang menakutkan..takut bukan lah sebab hari isnin ni “hari hantu sedunia” lagi pun mana ada orang takut kat hantu dah….banyak filem hantu Melayu nowadays yang ternyata telah memberikan kekayaan yang berganda kepada produser filem hantu dan taukeh wayang! Tapi rasa takut itu muncul memandangkan mood releks yang ditempuh pada hujung minggu masih belum reda. Tetiba datang bekerja ditumbun dengan kerja-kerja baru biarpun berlambak lagi tugas-tugas yang tertunggak masih belum mampu dilunaskan.
Entah kenapa, hari ni aku tengok semua orang kat tempat kerja aku riang-ria je…gelak ketawa dan masing-masing galak bercerita tentang hal masing-masing. Mungkin berkongsi cerita gembira yang ditempuh sepanjang hujung minggu kot….
Bila persekitaran kita dipenuhi suasana riang dan gelak ketawa, secara langsung kegelapan hari isnin yang biasanya melitupi suasana hidup kita pun beransur pudar kegelapannya….
Kalau nak di ikut kan, memang banyak juga agenda kerja yang perlu dibereskan, namun kalau terlalu memikirkan nya membuatkan kita jadi resah, gusar mahupun geram dengan arahan dan “undang-undang kerja” yang harus dipatuhi. Bagi mengelakkan nya so senyum je la….senyum-senyum…tak perlu kata apa-apa! Senyum! Hahahahaha….. Selamat bekerja!

Katakan saja!: aku suka hari isnin sebab,,,..aku pun tak tahu kenapa? Hahahaha…

2 comments:

  1. betol2
    hari ni pon bukan black monday utk saya
    kelas pon byk batal je
    YEAYYYY !

    HAHAHA

    ReplyDelete
  2. bilal: hahaha..saya masa student dulu pun selalu berharap kelas batal..hahaha..seronok!

    ReplyDelete