Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 14 October 2011

Nasib Tak Menyebelahi Kali Ni.

Assalamualaikum....
Tak nak ulas apa-apa sebab sangat tak ada mood hari ini...Update story ni pun sebab nak jadikan koleksi entri je la....emmmm..tak tau nak kata apa..frust betul!

"Juara Bertahan Tersingkir" ! begitu lah tajuk back cover berita sukan Utusan Malaysia hari ni. Emmmmm sedih rasanya. Patut lah hari ni nak bangun tidur pun rasa malas je. Mood pun terejas.!
Lima minit pertama perlawanan semalam, memang hati ni berkobar-kobar dan yakin team ambo ni buleh mene besar. Corak serangan yang agresif menampakkan keghairahan untuk mencari gol.... apapun....tetiba team Ganu yang sumbat dulu!!!!!! Adoiii...begitu lah nasib..huhuhuhu..serious sedih dan terkilan!

Laporan sukan Utusan Malaysia today:-


KUALA LUMPUR - Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.
Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).
Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.
Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.

2 comments: