Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 18 October 2011

Mencontohi Biarlah Pada Yang Lebih Baik

Assalamualaikum :-) salam buat semua.
Ehhh..apa kena mengena gambar ni dengan entri yang ditulis? hahahaha..Entah apa-apa! Tak pe lah, kan setiap entri patut disertai dengan gambar, baru nampak "malatop" sket! Lagi pun dah ada perkataan "example" tu macam kiranya ada kena mengena lah...ok-ok..kalau tak sesuai..kira Hiasan Semata! Boleh????? :-)

Entri kali ni nak membicarakan sikit tentang contoh mencontohi..waaaa macam dalam bilik darjah plak. Ni bukan Matapelajaran Moral ya...hehehehe..

Bukan apa,dalam setiap perkara yang kita buat, mestilah ada panduan, maksudnya contoh yang baik untuk dijadikan kayu pengukur. Bukan nak menyaingi atau membandingkan diri kita, cuma sekadar memberi semangat pada diri sendiri.
Dalam bab-bab berblogging ni, kita boleh dengar macam-macam pandangan dan cadangan dari mereka yang terlibat sama dengan aktiviti ni. Ada yang kata buat satu entri sehari cukup la, kalau buat banyak-banyak pun sapa nak nak baca, traffic tetap macam tu jugak! dan ada statement yang menyatakan, tengok blogger-blogger yang dah glemer, update blog seminggu sekali pun tetap dapat traffic yang tinggi dan macam-macam lagi lah. So which one we should follow?
Mana satu yang kita harus ambil sebagai contoh?
Mana-mana pun boleh, ikut suka kita lah, tapi kalau nak mencontohi seseorang tu, biarlah yang berdaya maju. kalau kita nak ambil contoh blogger yang dah glemer dan update entri seminggu sekali, macam mana kita nak glemer macam dia? kita belum glemer, so tak boleh lah nak contohi dia dalam bab ni sebab kalau kita yang sendu ni update blog seminggu sekali, siapa yang akan perasan yang kita ni wujud di talian ni? Soal traffic ke, duit en.nuff ke, followers ke, atau apa sekalipun jangan lah ianya memberi kesan yang kurang baik pada semangat dan ilhtizam kita untuk terus berdaya maju. Lain lah kalau kita betul-betul tidak bekesempatan untuk mengupdate blog dengan kerap. Selagi ada masa, kelapangan dan idea so bantai je dulu.....mana tau kot-kot esok-lusa belum sempat glemer pun tak mampu nak buat,even satu entri seminggu. Last-last blog betul-betul keras macam batu blok yang "usang dan berhabuk!"
Apapun dari pemerhatian aku, ramai blogger yang dah really success macam Ben, Cik Epal, Redmummy, denaihati dan yang lain-lain tetap kencang mengupdate blog mereka dengan kreativiti yang semakin hari semakin menyerlah...so, blogger glemer mana yang dikatakan update blog seminggu sekali? (sumber mana aku dapat ni?????) Macam Ben Ashaari contohnya, sehari kadang-kadang lebih dari 5 entri! emmmm memang wajar dicontohi, tapi kena tengok lah pulak kemampuan diri kita ...hehehehe....
Setakat hari ini, aku gembira sekali dengan aktiviti berblogging ni, tak pernah memujuk sapa-sapa untuk follow kerana aku malu nak suruh orang follow blog aku ni. Malu sebab aku sendiri tak tau apa keistimewaan dan kelebihan yang ada kat sini, yang aku tahu hanya menulis apa yang aku nak tulis. Pun begitu bila aku dapati semakin hari semakin ramai followers dan pembaca, aku lebih teruja dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang ada dalam kepala otak aku ni bukan aku sorang saja yang tahu...(yang bukan untuk dirahsiakan je lah..hehehehe...). Aku juga begitu, akan follow blog-blog yang aku rasa nak follow bukan disebabkan oleh disuruh atau diajak oleh sesiapa....:-) harapnya tindakan aku ni betul!
By the way, dalam apa juga perkara, kalau nak dijadikan contoh mesti lah yang lebih baik!

Katakan saja:! selalu pesan pada diri, jangan terlalu mengejar benda yang tak patut sangat dikejar kerana kelak pasti akan mengecewakan namun berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke sehari adalah perkara yang perlu difikir dan direncanakan!

3 comments:

  1. dkna update blog ikot kelapangan dan cerita apa yang berlegar di otak nie haaaa..heheee..

    ReplyDelete
  2. Adylia: Betul tu, memang nak update blog kena ada kelapangan, kalau banyak lagi tugas yang lebih penting, kita terpaksa tinggalkan dulu blog ni. Lain lah kalau kita blogger sepenuh masa.hehehehe..

    ReplyDelete
  3. saya bukan blogger glemer, tapi saya update blog seminggu sekali jer kut..hehee.. busy sangat lah skrg ni... nak update blog, teringat assignment,..risau gak kalao2 member2 sekelas ke lecturer cakap, blog boleh update, esaimen hampeh..heheh..

    anyway, nak bg cadangan ni, bagi perenggan dalam post.. biar nampak kemas dan tersusun. boleh tengok cikepal sendiri, banyak menggunakan perenggan, dan taklah rasa mengah bila baca :D just my 2cents ^_^

    ReplyDelete