Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday 10 October 2011

Lelaki dan Merah Jambu…Apa Masalah nya?


Assalamualaikum…Salam buat semua. :-)


Warna dan kehidupan memang tak dapat nak dipisahkan. Warna kadang-kadang memainkan peranan yang sangat penting dan besar dalam kehidupan seseorang. Tengok lah kalau musim perayaan, setiap keluarga pasti ada warna tema untuk baju raya keluarga masing-masing, majlis perkahwinan lagi lah..dari pakaian, pelamin hingga lah ke hiasan dewan, semua nya bertema! Warna kegemaran pasti menjadi pilihan.
Apa yang nak aku katakan dalam entri ni adalah tentang persepsi tipikal orang kita tentang warna Merah Jambu atau Pink.
Pink tentu sekali sinonim dengan wanita…kalau tengok blog-blog (kita kan blogger, so blog lah sesuai dijadikan contoh..hehehehehe) yang dipunyai oleh para wanita, warna pink menjadi pilahan mejoriti dari mereka.
Orang lelaki pulak seolah-olah “haram” untuk dikaitkan secara dekat dengan warna pink. Memang pink selalu dikaitan dengan kelembutan dan ketenangan..habis orang lelaki tidak boleh dikaitkan dengan 2 unsur tersebut! Dalam diri lelaki pun sebenarnya ada sisi kelembutan dan ketenangan…tiada sesiapa pun boleh menafikan nya.! Tengok bagaimana ayah-ayah yang sangat mesra dan lembut melayan kerenah anak-anak mereka. Bagaimana sang teruna melayan dan memberi perhatian kepada si dara dengan penuh lembut dan sopan baik tutur kata mahupun perbuatan, itu adalah sedikit contoh akan sisi kelembutan yang ada pada lelaki. Jangan terlalu “stereotype”, bila sebut kelembutan, mesti di kaitkan dengan sifat “kesotongan” atau pun lembut macam pondan, mak nyah atau segala bagai.
Berbalik kepada warna pink, ramai lelaki Melayu terutama nya sangat fobia untuk mengenakan pakaian berwarna pink. Takut diberi tanggapan serong oleh masyarakat.
Ada satu kes, kawan aku, macho orang nya..dia ada memberi sehelai kemeja kat sebuah tailor, kira nya ekslusif juga la, harga nya boleh tahan jugak…namun beliau hanya dapat pakai baju tu sekali sehaja cz hari pertama pakai baju tu pun dah bertimbun-timbun kutukan dan ejekan yang dilemparkan. (walaupun dalam nada bergurau namun selepas hari itu, baju pink nya itu hanya berteman sepi dalam almari, tidak lagi dipakai sehingga ke hari ini)
Tanggapan masyarakat memang sukar untuk di ubah, tapi hilangkah “kejantanan” atau berkurang ke “kemachoan” kalau mengenakan pakaian terutamanya hanya kemeja atau T-shirt berwarna Pink?
Dan macho sangat ke seseorang lelaki itu kalau mengenakan pakaian warna yang kononnya sesuai untuk lelaki macam warna hitam, coklat atau kelabu taik anjinggggg!?
Aku bukan minat sangat warna pink, tapi menganggap lelaki yang memakai baju pink tu lelaki yang “feminin” bagi aku satu persesi lama yang dangkal dan klise! Apa nak takut dengan tanggapan dan persepsi ?, masa bertunang dulu, warna tema majlis pertunangan aku tetap warna pink cz pink adalah warna yang sangat-sangat-sangat diminati oleh tunang ku (isteri aku sekarang la)…dan majlis tu sangat berseri! Hahahaha… Baju-baju kerja aku (long slave) pun ada beberapa helai warna pink.
Selain itu, celebriti popular Malaya Fahrin Ahmad (antara artis yang Macho) tanpa segan silu mengakui bahawa warna pink adalah warna kegemaran nya..so what? Ada nampak fahrin tu “ala-ala cik pon”? never!
Kesimpulannya…warna tetap memainkan peranan nya dalam kehidupan kita. Tetap ada pengertian tersendiri, namun pengertian itu hanya makna melalui persepsi dan tidak sesekali mengambarkan sifat sebenar dengan tepat dan sahih!
Segala nya bergantung pada hati! Kalau jantan yang meliwat anak sendiri yang berusai 23 hari tu atau jantan yang membelasah isteri yang tengah sarat mengandung tu pakai baju warna pink…so bagaimana tanggapan terhadap mereka? Adakah mereka itu penuh dengan kelembutan?...emmmmmm mereka tu pakailah baju warna apa pun..tetap hati mereka sekeras batu dan warna hati nya sehitam arang!

Katakan Saja!: tidak akan benarkan diri terpengaruh dengan persepsi sempit orang lain…aku buat apa yang aku suka selagi tidak salah di sisi agama dan tidak melukakan hati orang-orang yang bermakna dan aku sayang dalam hidup terutamanya isteri ku tercinta…Intan Diana…I love u!

8 comments:

  1. Teyhasahaje: ye ke comel....?hahahaha...

    ReplyDelete
  2. PINK tu lembut warnanye, mgkin kerana itu ianya sesuai untuk wanita.. But then, PINK is just another colour, right?? Sesiapa pun boleh pakai warna pink even lelaki sasa dan macho skalipun. Mungkin pink pada pemakai lelaki melambangkan HATI mereka yang lembut (lembut hati is better than keras hati).. So, Why not?

    ReplyDelete
  3. pink..ok gak klo kene gaya..

    ReplyDelete
  4. Eizanabila : setuju.....kelembutan hati adalah jalan ke arah ketenangan hidup :-) tak kira lelaki atau perempuan...pink juat a colour.

    ReplyDelete
  5. hawiz: yap...kalau kena gaya, warna apa pun sesuai dan nampak cantik dan terurus :-)

    ReplyDelete
  6. aiyoo..broo..saya bkn peminat dato ct lor..just suke muzik n lirik lgu omputih beliau je..nice kan..hihih

    ReplyDelete