Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 4 October 2011

Lagi Usaha Untuk Mereka.

Assalamualaikum....
Salam buat semua yang singgah dan membaca apa yang terhidang di sini.
Memandangkan peperiksaan SPM untuk anak-anak didik aku pun dah tak lama lagi, so start from now onwards boleh lah sesekali menulis tentang perkara-perkara yang menjurus ke arah itu. Selain itu, ramai juga anak-anak murid yang melontarkan dialog ni " cikgu, kami ada masuk blog cikgu...waaaa ingatkan cikgu pandai ngajar matematik je, rupanya pandai jugak menulis cerita" hahahaha...kembang hidung! tetibaaa...!
In other words, ada juga pelajar aku yang membaca my blog jadi aku bertanggung jawab untuk menghidangkan sesuatu yang related dengan mereka ketika ni..apa lagi...tentang langkah ke dewan periksa lah..!

This Afternoon, semua cikgu di edarkan "jadual anjal" oleh pihak pentadbiran sekolah, yang bergelar cikgu tentu dah tahu dan familiar dengan jadual anjal ni, pada yang bukan tentu jarang sekali mendengarnya kan? tak perlu lah nak terangkan panjang lebar tentang jadual anjal, bukan penting pun kan? :-)

Jadual anjal itu adalah sebahagian dari usaha kami warga pendidik untuk memastikan para pelajar mendapat bimbingan yang secukupnya di saat-saat akhir begini. Mereka tidak lagi berada di bilik kelas masing-masing  "menganga" untuk di suapkan dengan ilmu bagi setiap matapelajaran. Perlaksanaan jadual anjal ini membolehkan setiap matapelajaran mendapat peruntukan masa yang lebih sedikit berbanding jadual waktu biasa untuk satu-satu waktu so that isi kandungan topik yang ingin diperbincangkan dapat dilakukan dengan optimum....
Macam aku and my geng (Panitia Matematik) pasti nya merancang untuk merealisasikan P&P jadual anjal itu dengan seminar dan bengkel. Input-input yang ingin disampaikan itu dilakukan dalam kumpulan besar dan guru-guru tentunya akan bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing. Bimbingan secara interpersonal diharap mampu untuk "memujuk" dan memotivasikan pelajar untuk buat apa yang sepatutnya (siapkan latihan-latihan yang dikemukan lah! apa lagi... ). Nama pun Matematik, memang subject yang tidak boleh lari membuat latihan. Kalau hanya membaca dan mendengar,"lena di dalam jaga" lah tema nya.
Secara jujurnya, Matematik adalah antara matapelajaran yang paling mudah untuk difahami dan paling seronok untuk dipelajari. Kehidupan kita terlalu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Matematik. Satu cara saja untuk menguasainya, buat latihan secara berulang-ulang kali! Matematik bukan hanya sekadar ilmu pengetahuan tetapi ianya juga suatu kemahiran!

Jadual anjal ni akan berkuatkuasa lusa (Khamis/6 Sept 2011) diharap berjalan lancar dan para pelajar akan mendapat maanfaat dari nya. Namun begitu jadual anjal ini juga sebenarnya boleh memberi implikasi yang sebaliknya terhadap pelajar yang mengambil kesempatan untuk releks, "main-main" dan tidak mahu berbuat apa-apa! Harapnya di saat-saat akhir begini tiada di antara mereka yang sanggup memperlakukan diri sendiri sedemian rupa!

Katakan saja!: cuba apa yang terdaya!

2 comments:

  1. waaaaaaa
    cekgu!
    saya suke math cekgu!
    hehehehe =]

    ReplyDelete
  2. aimie amalina: :-) memang math seronok untuk dipelajari...

    ReplyDelete