Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 1 October 2011

"Kena ikut Turn" kata anak aku!

Assalamualaikum....

Citer ringkas ni just nak share still tentang budak-budak zaman sekarang. Tapi kali ni tentang anak aku berdua ni!
Lepas tengok berita-berita utama jap tadi kat Buletin Utama TV3, rasa bosan then aku fikir lebih baik aku update blog dengan entri baru. Walaupun idea nak menulis tak berapa nak ada, sekurang-kurang nya bila mengadap je lap top mesti ada sesuatu yang boleh dicurahkan.
On that time, anak-anak aku tengah khusyuk melayan YouTube! Hari-hari dok melayan citer kartun..padahal semua kartun yang mereka berdua browse kat YouTube tu memang dah ada bersiaran kat TV pun macam Upin-Ipin, Dora, Ben 10 dan pelbagai lagi! Biasa la budak-budak!
"ok sayang...papa dah nak guna lap top ni, cukup-cukup la tengok kartun tu, lagipun tak elok mengadap laptop lama-lama" dengan selamba je si abang menyampuk..."papa tu selalu mengadap lap top lama-lama tak elok la jugak" amboi! 
"maksud papa, tak elok untuk mata, adi ngan ain kan budak-budak lagi, mata masih muda, mudah rosak kalau asyik mengadap skrin lap top tu lelama, mata papa ni dah tua boleh tahan"
emmmmmm budak-budak zaman sekarang ni...baru 4/5 tahun dah minat internet segala bagai...
"ok sudah-sudah..pi turun bawah, bibik dah siapkan makanan" sambung aku lagi.
"ala papa ni....nak buat kerja atau nak main pesbook?..kejap lah papa..kalau papa nak wat keja pun kena lah ikut turn!
Amboiiii!..."ok sekarang turn papa....pergi turun sekarang!" kata ku dalam nada perintah!

Katakan saja!: masa aku budak-budak dulu langsung tak pandai untuk berkata "sebaliknya" bila ayah katakan apa saja...nyata zaman sudah berubah...senyum sendiri mengenangkan telatah anak-anak :-)

2 comments:

  1. haha...bli jah sore satu lptop baru...hehe

    ReplyDelete
  2. Nora: Beli doh dulu..punoh jane doh...tinggal dua doh, intan bawak gi kuantan se. huhuhuhu..

    ReplyDelete