Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 21 October 2011

Cuti- Cuti :-)

Assalamualaikum, dan salam buat semua.


Emmmm bestnya! Esok start cuti untuk seminggu, sempena perayaan Deepavali! Malam ni pun jalan utama kat Bentong ni nampak nya dah bersusun-susun dah kereta. Biasa la, ore kalate nak kelik kg lah tu....Bentong kan laluan utama.
Aku sekeluarga pun planning nak kelik kelate jugak...Tapi untuk kali ni, nok kelik kot teganu. Nak singgah kat Cherating dulu untuk semalam dua! Nak rehatkan fizikal dan juga minda. Lagi pun ni lah the best time untuk spend dengan keluarga.
Bila bercuti kat kampung nanti, blog ni pun rasa-rasa nya bercuti juga lah. emmmmm mesti sepi tanpa entri baru dan tanpa pengunjung.
Aktiviti berblogwalking pun mungkin tak dapat dilakukan dengan aktif:-( huhuhu.....
Bila tak berblogwalking, so blog sendiri pun tak ada lah orang nak buat aktiviti yang sama untuk blog kita. Adat la tu.....
Tak apa lah, bila dapat bercuti, so pastikan cuti tu berkualiti..... Bila ada masa kelak, boleh la update blog dengan idea yang lebih fresh..sebab otak pun dah fresh..hahahaha...harap-harap begitu lah. :-) Jangan balik- balik dari bercuti nanti otak makin berserabut sudah lah! 
Pun begitu, banyak lagi agenda tugas-tugas yang mesti diselesaikan lepas cuti nanti.... Apapun malas lah nak fikir lagi...balik nanti buat lah apa yang patut.
So, buat teman-teman yang berkunjung ke sini, kalau masuk-masuk je tengok tak ada entri baru, jangan serik untuk datang lagi ya..jangan kata aku dah merajuk atau pencen berblogging bagai......baru bermula, macamana nak pencen dah! sebesar biji kacang kejayaan pun belum dikecapi..hahahaha.... nak success bukan senang!
Ok lah, nanti jumpa lagi.....

Katakan saja!: Buat apa pun kerja, rehat kan minda tu penting :-)

4 comments: