Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 9 October 2011

Bank Oh Bank!


Assalamualaikum dan salam buat semua.

Berhutang? Ada sapa-sapa yang bebas dari aktiviti hutang-berhutang ni? Zaman sekarang , siapa lah yang boleh tak berhutang. Nak plak kalau yang makan gaji…dari rumah,kereta hingga lah ke benda-benda kecil yang lain semua nya berhutang…hahahaha..kesian.
Tak kisah lah, yang penting, jangan susah kan orang lain sudah lah.
Macamana lah orang nak mengelak dari berhutang kalau bank-bank yang ada kat Negara kita ni berlumba-lumba nak beri hutang! “pemurah sungguh” mereka tu! Bank oh bank!....mulia nya kalian!
Selain dari iklan-iklan dengan pamplet dan segala bagai bentuk, kita turut dihujani dengan sms dan panggilan telefon!
Sampaikan ada kakitangan bank yang telefon nak datang rumah, nak tolong isikan borang dan segala benda dia nak buat, kita cuma perlu tandatangan dan berjoli sakan dengan duit hutang tu jee!
Best kan…? Kaya sekejap rakyat Malaysia, bila dak habis duit buat berjoli, kayap pulak yang timbul….. nak pakai ubat apa ya untuk ubat penyakit kayap ni? Huhuhuhu…..

Katakan saja!: tak nak berhutang dengan bank tapi dengan pegawai bank tu boleh? Entah-entah dia pun dah tak terlarat nak bayar hutang kat bank tempat dia kerja tu…..sungguh dedikasi!

2 comments:

  1. huuuu... amat berbahaya...
    baik sentiasa beringat... :)

    ReplyDelete
  2. Razil: emmmm sangat bahaya, sebab itu lah pentingnya merancang:-)

    ReplyDelete