Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 11 October 2011

Antara Ujian Terhebat!

Assalamualaikum....
(Entri: Kategori Lepas Geram-luah perasaan)
Meneruskan kelangsungan kehidupan di atas muka bumi Allah ini tak akan terlepas dari berdepan dengan ujian dan dugaan. Setiap apa yang kita hadapi dan tempuhi pasti memberi rasa pada hati. Bijak atau tidak, kadang-kadang kita sendiri tidak mampu dari meghalang hati dari merasa sakit.
What I'm trying to say....berjumpa dan berdepan dengan manusia yang menyebabkan kita mampu disakiti adalah antara cabaran dan ujian terhebat dalam hidup ni.
ke mana lagi harus kita berlari andai saban ketika orang-orang sebegitu hadir dalam hidup kita.
Tentu ada yang bertanya..apa yang "orang itu dah buat"?
Tak dapat dijelaskan dengan tutur kata kerana hanya hati saja yang tahu.
Bila tanya hati kenapa? Tentunya hati tak mampu menzahirkan rasa sakit itu dengan kata-kata!
Adakah kita sendiri tidak pernah menyakiti dan hanya disakiti!???? mungkin tidak juga, namun kewarasan minda dan kematangan pergaulan membolehkan kita mampu membuat penaakulan yang bijak sama ada tutur kata, bual bicara dan tingkah laku kita itu mampu memberi kesan yang "menyakitkan" kepada hati orang lain...sekurang-kurangnya kita berfikir sebelum bertindak! Kalau rasa sakit yang bertandang di hati orang lain, mungkin itu tanpa sedar kita dan disebabkan kekhilafan kita sebagai manusia dan mungkin tidak disegajakan. Kalau pun kita tidak pandai untuk mengembirakan orang lain, kenapa perlu kita memandai-mandai berusaha mendukacita kan hidup orang lain...kalau rasa tidak pandai apa-apa..berdiam diri kan lebih baik!
Memang manusia tu macam-macam perangainya....itu hakikat! dan hakikat itu kita kena terima sampai bila-bila. maka nya...bersedia lah kita sekuat yang boleh untuk memantapkan hati menjadi "kebal" agar tidak mudah dicalar dan tercalar!
Berilah peluang manusia-manusia itu terus mengambil kesempatan, membongkarkan kesilapan dan merosakkan reputasi baik yang dimiliki orang lain.
Biarkan dia terus menimbus, menutup kelemahan diri....biarkan dia dengan wajah kesombongan yang saban hari semakin menyerlah "seri nya"....
Suatu ketika kelak..kita tengok bagaimana dia survive bila segala kekurangan dan kelemahan diri terbentang di halaman..... the time will come...bukan berdoa cuma kesudahan hidup untuk orang begitu selalunya sebegitu!
Entri ini bukan nak serlah kan kebaikan diri yang mungkin tidak seberapa, cuma tidak mahu! tidak ingin! menjadi seperti manusia yang aku maksudkan dalam entri ini! Minta di jauhkan............!

Katakan Saja!: kerap berdoa agar tidak kerap dipertemukan dengan orang-orang yang menyakitkan hati dan berusaha juga untuk tidak menyakiti!

4 comments:

  1. kategori manusia mcm ni yang kita MESTI jauhi...nampak muka pon boleh jadi sakit hati..

    ReplyDelete
  2. Nora: Benar sekali kata-kata mu!

    ReplyDelete
  3. pnh jgak berdepan dgn org yg menyakitkan ati nie~~smpai 1 tahap mmg tgk muka pon xmo dah,.huhu :)

    ReplyDelete
  4. individu spt yg dimaksudkan wujud di mana2 shj...hanya kita mohon pada Tuhan agar beri hidayah kpd org2 spt itu agar kembali menginsafi diri dan memikirkan atas segala kekhilafan yg mereka lakukan....Insyaallah semuanya akan kembali pulih dan ukhwah sesama Islam akan terpelihara

    ReplyDelete