Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 23 August 2011

Zaiton Sameon- Dilema Insan Seni.


Bersama Penyanyi Hebat Suatu ketika dulu.Zaiton Sameon!

Kesinambungan dari entri yang sebelumnya :

Semasa majlis berbuka puasa Anjuran Myipo (Intellectual Property Corporation of Malaysia) semalam, berkesempatan bertemu dan berbual dengan beberapa orang artis yang hadir. Ada artis yang generasi baru dan juga artis-artis veteran yang memang diraikan dalam majlis ini.
Bertemu dan berbual dengan artis (penyanyi) yang sangat Top suatu ketika dulu, pelantun suara lagu "menaruh harapan" mahupun "kabut Setangkai mawar"  ternyata sangat mengujakan.
Teruja melihat semangat yang wujud dalam diri beliau, namun jauh di sudut hati rasa simpati dengan kehidupan yang ditempuh oleh beliau ketika ini yang "kelihatan" seperti di ulit kesunyian dan kekosongan.
Itu lah Zaiton Sameon yang mesra dengan panggilan kak eton. Dulu nya gah sebagai penyanyi bersuara emas, tampil dengan imej yang agak "daring" Lagu nya Menaruh Harapan pernah muncul Juara di pertandingan Muzik-muzik TV3 (Sekarang, Anugerah Juara Lagu). Selain itu, beliau juga pernah membuat penampilan di layar perak, muncul seketika dengan impak maksimum yang sangat berkesan untuk Filem Hati Bukan Kristal… Nyatanya beliau memang wanita yang sangat berbakat ! dan hebat ketika itu.
"Sangka Panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengahari"  Takdir penentu segalanya. Beliau ditimpa musibah (kemalangan) berpuluh tahun lalu, namun kesannya seperti masih jelas ke atas beliau sehingga ke hari ini… Dari segi pertuturan dan juga tingkah laku menampakkan kak eton masih terkesan dengan kemalangan yang menimpa beliau dulu…
Namun, masa berbual tu beliau ada menyuarakan hasrat dan harapan, katanya kalau boleh tak nak ketinggalan untuk bersama-sama dalam majlis yang melibatkan insan-insan seni. Beliau masih minat dan nak sangat buat persembahan pentas, menyanyi dengan aktif seperti dulu. Namun hari ini peluang untuk beliau mungkin agak terhad. (bukan lagi agak terhad malah sangat terhad!) Semalam pun beliau sempat menyuarakan hasrat untuk menyanyikan satu-dua buah lagu..katanya  dalam nada sedih dan mungkin kecewa "mak dah bawak CD, tapi dia orang tak panggil pun mak untuk naik pentas menyanyi"… (membahasakan mak bukan sebab dia rasa dia tua tapi bahasa lawak zaman ni/Bahasa nyah)
Dari kata-kata dan raut wajah, nampak sangat beliau memang teringin untuk menyanyi di majlis itu. Tapi mungkin majlis seumpama ini tidak mengizinkan untuk acara nyanyian.
Semasa aku dan kawan-kawan nak bergambar dengan beliau, aku sempat cakap   "apa kata Kak Eton duduk, kami yang berdiri, takut nanti penat atau jatuh" dia terus mencelah. "Ehhhh i’m still strong la, kalau setakat berdiri ataupun menyanyi kat atas pentas, mak tak ada masalah la..i’m still strong ya ". kenyataan itu bukan lah mengambarkan beliau sebenar-benarnya kuat dari segi fizikal, tapi beliau nyata kuat dari segi minat dan keinginan untuk terus melayari dunia hiburan yang beliau cintai itu….meskipun dunia hiburan belum tentu menjanjikan sesuatu yang indah lagi untuk beliau…mungkin segalanya tidak lagi seperti dulu…

Katakan saja ! Menghargai orang seperti Zaiton Sameon ni, Cuma berharap beliau akan di beri hidayah, rahmat dan peluang untuk hidup dengan penuh ketenangan tanpa perlu lagi berharap pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Dunia hiburan ini tidak akan berjanji sesuatu yang indah pada sesiapa pun, nak pulak pada individu seperti kak eton…Pun begitu tentunya tidak salah untuk beliau datang sesekali melepaskan rindu pada dunia yang sangat beliau cintai itu.
(sekadar pandangan dari mata kasar ku)




Gambar Kenangan Yang Kami Rakam kan Bersama Zaiton Sameon. Doakan Kesejahteraan Beliau!

2 comments:

  1. saya juga membesar dengan lagu menaruh harapan dan kabut setangkai mawar

    ReplyDelete
  2. Iman: Thanks cz sudi membaca, by the way memang kak eton ni penyanyi yang hebat dulu tapi sekarang, melihat beliau dengan tutur katanya, rasa simpati sangat.. mungkin banyak lupa dah akibat kemalangan dulu..dugaan dan nasib dia.

    ReplyDelete