Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 15 August 2011

Just To Say Thanks To Great Blogger..Ben!

Mohon Ampun dan Maaf cz download Gambar ni tanpa kebenaran.

Assalamualaikum dan salam nak larut malam....(cz baru jam 11.30 belum larut malam lagi)
Sebenarnya dah tak ada apa-apa isu lagi untuk dijadikan entri untuk catatan larut malam aku (aku kan biasa buat entri di larut malam) hari ni...
Tapi tadi masa tengah update entri terbaru (rungutan), aku tengok followers aku meningkat jadi 31 orang..emmm kira ok dah tu untuk aku setakat ni..hehehe... dan tiba-tiba rasa terkejut, teruja dan terkesima bila salah seorang dari mereka tu adalah BEN ASHAARI! wow.... Siapa sangka siapa menduga! 
Rasa nya, most of the bloggers yang ada kat Melaya ni mesti kenal dia..kan? Top Ten Bloggers tu...
So apa lagi...aku taip la kat status FB aku tentang perkara ni....!tanda happy ;-)
Yang menjadikan aku agak teruja cz aku ni baru sangat dalam alam berblogging ni...baru beberapa bulan, banyak lagi benda yang aku tak tahu..buat blog pun kawan  ajarkan....yang aku tahu selain dari buat entri, boleh la sikit-sikit melaksanakan blog walking dan "menjerit" di blog-blog orang...dengan harapan agar kehadiran aku di alam blog ni disedari sikit-sikit...
Member baik aku yang dah beberapa ketika berblogging selalu beri cadangan (dari awal dulu lagi) untuk aku follow blog Benashaari.com. Kata nya Ben suka promote blogger2 baru..dan dia juga suruh aku participate dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh benashaari.com. dengan harapan untuk memperkenalkan blog kepada khalayak! Jawapan aku selalunya "emmmm menarik gak tu...nanti lah..sure aku join later.." dalam dok sure-sure tu tak terjoin jugak! Bukan tak nak, tapi bila ada beberapa step yang nak kena follow aku jadi blur la...(seperti yang aku katakan, on this while aku hanya pandai update entri baru je...ish-ish..kesian kat aku...."jangan kata aku buta IT plak..tak baikkk...!) Seperti entri aku sebelum ni, bila visit je beberapa blog yang canggih presentation mereka aku jadi malu sendiri (kira ala-ala rendah diri la...)....emmmm tak pe la...berbalik kepada niat asal, aku create blog ni sebab aku nak mempertajamkan kemahiran menulis aku...masa SPM dulu aku cemerlang apa dalam bahasa melayu, but now dah ditakdirkan jadi cikgu Matematik....bahasa melayu dah mula tunggang langgang! By the way, bahasa merentasi kurikulum beb!
Ok... Bila orang yang considered sangat hebat dalam bidang ni (kira tahap Dato CT la kalau dalam Industri Hiburan...) masuk jadi my followers...maka nya aku rasa sangat dihargai....dan lebihnya terkejut. Mungkin sebagai orang yang suka memberi dorongan dan sokongan kepada orang lain (terutamanya orang yang baru berkecimpung dalam arena blog), mungkin berpuluh malah beratus lagi blog orang lain yang Ben Ashaari follow..itu aku tak kisah la...yang penting dia ada dalam senarai  my followers! 
Mungkin sukar untuk menjadi hebat macam Ben Ashaari, ya la boleh buat banyak entri yang baik dan bernas dalam satu hari, tapi sekurang-kurangnya kejayaan yang Ben raih serta kebolehan yang dia ada mampu menjadi pendorong kuat untuk orang-orang seperti aku ni untuk terus berblogging.
kalau Ben Ashaari terbaca entri ni..actually entri ni ditulis purposely untuk dia la tanda terima kasih aku. (tak tau la dia suka ke tidak....dan jangan lah ada yang menganggap aku nak menggunakan populariti Ben Ashaari pulak..please ya...ni bukan buat Telemovie, Filem cereka mahupun drama pendek) 
Bagi aku mudah saja...buat lah apa jua perkara..kalau kita jujur dengan apa yang kita lakukan, Pasti suatu hari kelak kita mesti mendapat sesuatu yang membahagiakan hasil hari kejujuran kita melakukan perkara tersebut!...dan usaha yang luar biasa pasti memberikan hasil yang luar biasa....! kalau buat ala kadar je...hasilnya pasti sendu jua!!!!
Once again..Ben Ashaari..Thank you so much. Nite!

No comments:

Post a Comment