Assalamualaikum…
Emmmm, puasa-puasa ni, jangan kata tenaga, kadang-kadang idea pun sukar untuk dijana…tu yang blog aku ni sunyi jeee…dah seminggu lebih tak tulis apa-apa….
Kawan-kawan kata paling kurang letak la resepi apa-apa…
Ramai kawan-kawan share resepi masakan (terutamanya) untuk juadah berbuka puasa di blog masing-masing.
Aku nak share apa ke benda ? hari-hari pergi tunjuk je kat pasar ramadhan! Meriah!!!!!!....
Hari ni dah masuk seminggu puasa (7 hari)…segala berjalan lancar. Puasa tahun ni aku tak banyak berbuka kat luar. Berbuka bersama isteri dan anak-anak kat rumah. Tahun ni juga pergi sembahyang terawih sekeluarga…
Jalan yang sesak..nyaris aku dan member aku berbuka dalam kereta! |
beberapa hari lepas (jumaat-5 ogos 2011) dapat undangan, berbuka kat KL… ish-ish-ish…Kuala Lumpur, petang hari jumaat di bulan Puasa ! Tak tau nak kata apa…tapi kalau tak ada apa-apa sebab….Tobat aku tak hinggin masuk KL untuk mengharungi JEM yang sangat memeningkan kepala ! Orang kata, kalau tak JEM maka tu bukan kuala Lumpur la…emmmm elok la tu, kenyataan yang bunyinya suatu kebanggaan !
Aku bukan nak citer pasal JEM…..Cuma nak share tentang majlis berbuka puasa yang aku attend tu…
Majlis berbuka puasa sempena pembukaan Gerai jualan (Bazar Ramadhan) anjuran Karyawan ! Kat Jalan Ipoh Kuala Lumpur!
Ramai juga lah angkatan penyanyi-penyanyi senior yang hadir, seperti Zaiton Sameon, Rohana Jalil, Salwa, Azizul khamis dll…manakala angkatan artis baru macam Fazli Zainal, Neelofa, Azza, Roslan Shah, kilafary dan beberapa orang lagi menjadi kan Majlis Berbuka puasa ni nampak meriah….
Tetamu kehormat, tentunya Pak menteri….YAB datuk Sri Ismail Sabri Yaacob…. Disamping kehadiran orang-orang penting Karyawan.
Sebagai individu yang betul-betul berada di luar bidang seni…aku rasa sangat seronok sesekali dapat berada bersama kelompok mereka….dari pemerhatian aku, orang-orang yang berada dalam industri seni itu bukan hanya bersalutkan glamour atau populariti semata, tapi meraka juga seperti orang lain, mesti berjuang dan berusaha gigih juga untuk sebuah kehidupan yang bahagia. Selain itu mereka juga terdiri dari individu-individu yang sangat yakin tampil dalam komuniti disamping mesra dan mudah untuk didekati.
Paling penting, mereka sangat komited dengan kerjaya dan apa yang mereka lakukan…..
Sebenarnya kerja apapun, kalau kita berusaha dan jujur dengan apa yang kita lakukan…kita pasti beroleh sesuatu yang sangat menbahagiakan….
p/s; tentu sekali terima kasih buat kekanda ku Dato’Ruhaidini atas undangan tu…..
Bersama adinda Rasol, DJ Sabah FM, Aiman (anakanda Dato Ruhaidini). Bergambar dengan pelawak dan pelakon senior tanahair, uncle Hamid Gurka dan Mad Busu Pi mai Pi mai Tang Tu!
Kak Eton....Masih meletup..!.Suara nya masih mantap mendendangkan lagu popular dan lagu keramat beliau....Menaruh Harapan.....Semoga harapan Kak Eton akan tercapai....sebak tengok beliau...! |
Bersemangat! Siap minta dengan pengacara nak nanyi sebuah lagi lagu.... |
Dari Sabah!.... DJ Sabah FM yang memang sentiasa riang dan peramah! |
Sempat bergambar dengan sahabat, YM Tengku Khalidah Tengku Bidin, Bertindak sebagai pengacara (Acara Formar) Majlis Pelancaran Gerai Jualan Karyawan malam itu! |
Pengacara, acara pentas pada malam tu...Siapa lagi kalau bukan Roslan Shah!... Roslan ni memang berbakat dan mampu menghidupkan suasana majlis! peramah dan kelakar... |
Aiman dan Uncle Hamid Gurka. |
No comments:
Post a Comment