Memang tidak dapat dinafikan, bulan-bulan puasa ni ramai yang "monyok" je sepanjang hari..konon nya keletihan akibat dari berpuasa..
Sedangkan, sebagai umat Islam ibadat ini telah diajar kepada kita sejak dari kecil lagi….Puasa tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang itu bermalas-malasan ataupun buat muka seposen sepanjang hari….
Gambar dari Google.hiasan semata! |
Untuk entri kali ini, aku just nak membicarakan tentang orang kita ni, jangan kata nak bersedekah wang ringgit di bulan puasa ni, nak bersedekah benda yang senang dan tak perlu berbayar pun susah !....maksud aku ialah Senyum !
"Senyum itu adalah sedekah" ungkapan yang sering kita dengar..memang pun, banyak perkara yang boleh berubah ke arah yang positif hanya dengan sekuntum senyuman. Kekusutan dalam apa jua konflik hidup juga dapat dileraikan secara baik dengan senyuman….
Dalam ilmu sains pun ada kata, senyuman itu adalah awet muda. Senyum dan ketawa boleh memanjangkan umur, boleh melambatkan proses penuaan, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan pelbagai lagi….(semua itu fakta !berdasarkan kajian…)
Yang berkaitan dengan senyum ni, jangan kata artikel..siap ada lagu lagi…. ! (lebih dari satu lagu tajuknya, Senyum)
Tapi semua itu ada orang-orang kita peduli ?.....tema nya « ada aku kesah !!! » Sebab itu lah, bulan-bulan puasa ni ramai sangat orang yang kita kenal dan jumpa kalau setakat nampak lesu tu ok la, tapi muka muncung, kelat dan masam mencuka !....
Muka macam orang yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah negara !...
Puasa la sangat.. sampai begitu sekali… !
Sudah la muka masam mencuka, segala kata dan tingkah laku banyaknya bersulamkan emo yang entah apa-apa… !
Dengan memberikan muka masam kepada orang lain, jangan kata rahmat tapi malapetaka yang boleh diundang!
Antara benda yang paling aku benci dalam hidup ni ialah menatap wajah masam! Rasa menyampah tahap gaban aku! Masam yang dibuat-buat! Kalau masam yang disebabkan masalah atau musibah yang menimpa itu lain bentuk dan auranya…masam yang dibuat-buat ni adalah masam yang mampu menyerlahkan aura “benci, menyampah, jelek” dan seumpamanya…..!
Jadi, memandangkan senyum itu bukan sesuatu sukar untuk dilakukan ataupun dilunaskan, maka senyum lah….senyum lah dengan mesra walaupun kita tengah berpuasa. Jangan jadikan puasa sebagai suatu alasan untuk kita menyerlahkan sesuatu yang tidak baik dalam menjalani kehidupan seharian. Puasa itu satu ibadat dan ibadat itu tentunya kearah kesejahteraan sejagat!
“kalau nak bersedekah wang ringgit punya lah susah “taik hidung masin”, “tangkai jering” so sedekahlah pada orang sekeliling dengan senyuman yang maha ikhlas…bukan susah pun!”
Senyuman Anakanda ku..Imanputra Affan! |
Nak pulak hari ni bonus untuk pegawai kerajaan keluar…..! Nahhh…Senyum la lebar-lebar….Sampai ke telinga! Hahahaha……
P/s; Entri ini wujud cz pagi-pagi lagi dah berselisih dengan muka mencuka yang entah apa-apa! Tak larat………!
No comments:
Post a Comment