Assalamualaikum semua..
Pejam-celik, pejam-celik rupa nya dah tinggal 4 hari je lagi berpuasa…kejap je masa berlalu….memang sejak seminggu terakhir ni rasa penat dan dahaga semacam je…..tak macam awal-awal puasa hari tu… tak tau la kenapa ?.. Tapi bukan kisah lapar dan dahaga yang aku nak ceritakan dalam entri ni....
Bila sebut je nak raya, tanpa kuih muih, biskut, kek , mahupun kerepek seolah tak berseri lah raya tanpa nya. Walaupun ketupat, lemang dan rendang begitu sinonim dengan raya namun di pasaran, kek, biskut dan kerepek antara yang dijual dengan penuh meriah ! sangat meriah !!!!
Tak nak la citer kat kedai ataupun kat pasaran, kat tempat kerja pun meriah dengan aktiviti jual beli kuih-kuih raya ni…..
Bila kat tempat kerja, yang menjual nya tentu lah rakan-rakan seperjuangan..
Bonus ada, gaji pun dah dapat, maka meriah lah aktiviti jual beli….. nak pulak kawan-kawan yang jual….
Dari beli kat luar, baik la beli ngan kawan-kawan..
Semalam beli, hari ni beli dan esok pun mungkin beli lagi…
Al-maklum la, ramai kawan-kawan yang jual…..
Bila balik rumah dan susun je kuih-kuih tu…emmmmm banyak rupanya !….entah-entah bonet kereta pun tak ada space nak letak kan kuih-kuih ni..
Gitu lah…bila membeli, tak ingat dunia…main beli je…beli dalam keadaan perut lapar (puasa la sangat) dan kawan-kawan pulak yang menjualnya…
Orang lain buat duit, aku yang habis duit….nak buat cam mana, dah aku tak ada bakal nak jadi peniaga..tapi sangat berbakat dan hebat sebagai pembeli..hahaha…
Kawan punya pasal, kerepek pisang pun akan dijadikan "kuih Raya"...Sendu! |
Dengan member-member pun dah macam-macam jenis, kalau pi kedai...harus penuh bonet kereta! |
Katakan saja ! : Nak pujuk hati…Tak apa la, raya hanya setahun sekali..lagipun untuk ahli keluarga.
rayo sakan bosh kito . hihihihi .
ReplyDeletepasal sekut rayo tu bringat2 la psal masuk paper doh ari tu kbykkan sekut tiruan n dikhuatiri tidak halal dari china . hok muroh2 la skalo nyo . selamat hari rayoooo .