Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 13 August 2011

Bertuah la Dia!



“Yusri kahwin Lisa Tahun Depan”  

Begitu lah antara berita muka depan akhbar hari ini.(13 OGOS 2011)
Mungkin ramai la orang laki-laki kat bumi melaya ni berbulu je ngan si Yusri ni..
Mana tidaknya…. Sebelum-sebelum ni yang digosipkan dengan dia semua nya wanita-wanita cantik yang ada kat Negara ni… sebelum ngan Lisa Surihani, dengan Janda Malaya paling Top, Maya Karin!

Selain tu Pernah kahwin ngan Miss Malaysia…pelakon wanita Top tanahair…Erra Fazira.
Sebenarnya mana-mana lelaki yang rasa cuak atau cemburu kat si Yusri ni. Tak perlu la rasa begitu…buang karennn je….
Biar la dia nak kahwin ngan perempuan mana pun… dah perempuan tu pun memang nak kat dia…
Selain tu, dia plak memang lelaki kaya,..ada segala-galanya…Yusri ada Banglo harga berjuta-juta…kereta spot ….kita nak dengki atau nak sakit hati kat dia..kita ada apa ? setakat rumah teres dan keta proton wira second hand…jangan kata Lisa…PA Lisa pun tak lepas!!!!!!….hahaha….emmmmm… ???

Ramai orang kata, bertuah la jadi si Yusri ni … !
Ye ke bertuah jadi dia…..
Adakah dengan hanya berkahwin dengan wanita cantik dan popular tu bertuah ?
Atau dia bertuah sebab dia kaya dan popular?

Pada aku, kalau nak kata si Yusri tu bertuah, aku setuju jika kata sebab dia di anugerahkan kreativiti untuk berkarya dan adik-beradik yang sama-sama kreatif serta saling menyokong antara satu sama lain sehinggakan kreativiti yang ada pada mereka mampu dijana untuk membolehkan mereka muncul sebagai insan seni yang ternama dan kaya raya! Emmmm itu ya dia bertuah!

Kalau setakat kahwin ngan wanita cantik…dia pernah jadi suami Erra Fazira apa! Dan perkahwinan mereka itu tak menampak kan dia “bertuah”….

Selain itu, dia jadi ternama dan kaya raya pun bukan hanya dengan dok berpeluk tubuh dan mengharapkan segalanya jatuh ke riba! Dari umur belasan tahun hingga saat ini mereka tak pernah puas berusaha….dalam bab ni..aku memang jeles betul dengan semangat dan kebolehan yang ada pada mereka adik beradik!

Emmmm…kalau jadi lah si Yusri dan Lisa tu berkahwin…jangan la kita dok ngata yang bukan-bukan…doa je lah yang terbaik untuk mereka! Doa kan kebahagiaan mereka…Kalau kita rasa sakit hati dan dengki kat si Yusri tu…kita berusaha keras dalam hidup kita dulu sebelum kita nak berdengki dengan kajayaan atau success yang dia kecap dalam hidup dia! Jangan membandingkan nasib diri dan tuah orang!

Emmmm….aku nak dengki apa…bini aku pun secantik Lisa tu! Hahahaha…

No comments:

Post a Comment