SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 9 August 2011

Catatan Untuk Menghilangkan Bosan Yang Amat!


Post ke 3 For Today! hebat-hebat! hahahahaha....

Sekarang jam menunjukkan pukul 1.15 tengahri…
Entah kenapa hari ni aku rasa macam masa lambat sangat berlalu…..
Nak kata penat atau terlalu letih sebab berpuasa tidak juga…….
lagipun hari ni dah masuk hari ke 10…..
Mungkin sebab tak ada benda nak buat…..
Kelas hanya 2 waktu saja hari ni (jam 9.15- 10.25) pagi tadi…..
Nasib baik la bawa note book ni…..boleh la jenguk-jenguk kat FB…
Selain tu, boleh la juga memperbanyakkan « karya » untuk blog aku…..

Dengan dok « mengarut » kat laman blog sendiri ni kira berguna juga la…
Dari dok buat taik mata….bila terbangun atau tersedar tu mula la kepala pening-pening lalat !
Sekurang-kurangnya mata aku ni segar sikit la…..
Apapun, yang penting segala tugas dan urusan aku sebagai cikgu semuanya beres….
Tak ada yang tertunggak…..
Jangan kata menulis blog ni akan mengganggu gugat tugas-tugas hakiki ! Never !
Menulis blog ni hanya untuk suka-suka dan trend….selain niat lain yang pernah aku katakan dulu.

p/s : baru lepas buat lesson plan…selain itu ada tetamu yang nak datang ke sekolah hari ini…:-(

No comments:

Post a Comment