Assalamualaikum…..
Just to talk about how to communicate?
Isu berkomunikasi ni banyak sekali dibicarakan di mana-mana saja….
…..Kerana banyak perkara boleh tercetus disebabkan oleh cara berkomunikasi dan baiknya pula banyak juga masalah dapat dileraikan dengan cara komunikasi….
Apa perasaan kita kalau permulaan hari kita dimulakan dengan bedepan dengan orang yang “tak berapa nak pandai berkominikasi”?
Mereka yang tidak ada kaedah yang menyenangkan bila berkomunikasi biasanya akan menyumbang aura negatif kepada audien (mereka yang mendengar)…
Maksunya…bila kita mendengar mereka itu bercakap samada menyampaikan maklumat mahupun memberi arahan, aura negative yang ada dalam tonasi suara si penutur dan juga perkataan-perkataan yang keluar itu mampu “masuk” mahupun “menusuk” ke dalam hati kita yang mendengar…. Aura tersebut tentu sekali menyababkan hati akan merasa sakit atau pun “sentap” !
Sebab itu lah..untuk menjadi individu yang disenangi oleh orang-orang yang berada disekeliling kita, belajar lah cara terbaik bagaimana untuk berkomunikasi.
Bila kita bercerita, pastikan orang teruja untuk mengetahui kesudahan cerita kita, bila kita melawak mereka akan mengekik-ngekik ketawa, bila kita meminta bantuan biarlah mereka bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk membantu, bila kita memberi arahan, mereka dengan lapang hati melunaskan arahan itu, bila kita bercerita biar mata mereka galak merunung tajam ke dalam mata kita….
Bila kita bijak mengawal bicara dan tutur kata...orang sekeliling kita pastinya tahu bila masa kita bergurau, melawak ataupun serius.... penting nya bicara kita tidak menyakiti sesiapa. Jangan sesekali berbicara dengan sesiapa jua kalau kita tidak mampu menampilkan wajah yang "baik" dan tonasi suara yang "tenang"! Jangan lah menharungi kehidupan seharian dengan wajah "singa Demam" yang penuh dengan kemarahan.......! Jangan kata orang senang atau orang suka...malah orang akan sangat menyampahhhhhh.....dan orang pun akan kata...."Piiiii la mampus!!!!.....Kesian.....
Bunyi nya mungkin sukar….tapi ianya tidak terlalu sukar…. Semua orang ada hati dan ada rasa….
Kita mesti tahu merasa…
Apa yang kita suka tentang seseorang..maka kita belajar untuk kesukaan kita itu ada pada orang sekeliling terhadap kita juga…
Jika kita benci mahupun menyampah tentang sifat atau sikap yang ada pada seseorang, maka kita mesti muhasabah diri dan berusaha agar sifat yang boleh menjadi kebencian itu tiada dalam diri kita……..
Orang tua-tua kata.. « kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana » Pepatah itu jelas menggambarkan betapa kata-kata yang keluar dari mulut itu mampu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan ! kalau kita tidak pandai untuk berkomunikasi dengan bijak....bicara manis pun mampu menghiris kalbu! Emmm sekadar ingatan bersama...Happy Reading....Thanks Ya....! Smile..
No comments:
Post a Comment