SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 15 August 2011

Ada Lima Tapi Guna Dua!! Geram betul!

Assalamualaikum......
Hai semua....... malam ni aku tak pergi terawih, sakit perut yang siang hari tadi masih menjadi-jadi....
Sesambil dok tunggu masa nak ke toilet lagi, boleh la aku update blog kesayangan aku ni dengan entri baru...
Entri ni berunsur rungutan! nak merungut sikit...biasa la, rungutan kan antara benda yang selalu ada dalam diri kita sebagai manusia biasa yang lemah....
Alkisah nya lepas kerja (sekolah) petang tadi pukul 3.00 aku bergegas la pi pejabat pos..cz ada beberapa bil yang perlu aku jelaskan..dah due pun... walaupunperut masih sakit-sakit, aku gagahkan diri pergi ke pejabat pos. Masuk je pejabat pos aku tengok..masyaAllah ramainya orang.....malas la nak ambil nombor giliran...so aku ambil alternatif ke Kedai TM cz kat sanapun boleh bayar bil jugak....!
Berlari lah aku ke kedai TM yang berhampiran tu...emmmmm lagi la teruk, orang sampai ke luar..padat....apa nak buat so pi la balik ke pejabat pos tadi..ramai pun ramai lah..aku ambil nombor giliran..kalau ikut, ada la lagi 20 orang sebelum nombor aku..pasrah je la.... (biasa la hari Isnin/black monday..nak lak hari ni orang-orang gomen dapat bonus!)
Slow je nombor bertukar.....hati dah makin geram ni.... Bukan apa, kat pejabat pos ni ada 5 kaunter, tapi yang dibuka untuk operasi hanya dua....tak cukup pekerja ke?...aku tengok ada je pekerja dok kat setiap kaunter tu....sedap la depa..dok "pose manja" je...tak kerja..makan gaji buta gamaknya!
Buat tak tau pelanggan ramai, apa salahnya buka semua kaunter!....dari dok "mengangkang" baik la buat kerja. Percepatkan urusan dan memudahkan urusan orang lain tentunya sesuatu yang mulia!(Dema ni langsung tak hingin buat pahala...)
Tindakan depa tu boleh menyebabkan ramai pelanggan yang akan 'kurus" puasa mereka termasuk aku! Geram betul! (banyak juga rungutan dan "pot-pet-pot-pet" aku dengar dari pelanggan-pelangan yang menunggu!..
Emmmm...kalau ikutkan hati, nak aje aku ceramah sepatah dua kata kat staf-staf pejabat pos tu...kalau bukan bulan puasa rasanya dah tersembur dah "bicara manis menghiris kalbu" dari mulut aku ni......!!!! dah la perut tak berenti memulas...
Begitu lah!...Sebenarnya banyak urusan boleh selesai dengan cepat kalau pertimbangan dan keprihatinan menjadi budaya dalam satu-satu kerja..ini tidak, walaupun nampak kelam kabut tapi buat-buat tak nampak..takut nak bantu...takut kalau dengan sedikit pertolongan itu akan hilang tenaga tak pun beribu-ribu kalori tenaga dalam badan! teruknya!!!!!!!

1 comment:

  1. cikgu sabar...saya pon kerje kat kaunter tp kt tnb la...sy rase diorang mesti ade keje lain nk dibuat itu pasal dahulukan 2 kaunter je...sabar ye cikgu.. ;)

    ReplyDelete