(24 Ogos 2011)
Assalamualaikum…..
sepatutnya entri ni aku postkan semalam, tapi entah kenapa semalam, memang penat tahap gaban, jangan kata naik taip entri, otak langsung kosong, langsung tak ada idea…
Alah, bukan apa, just nak share tentang majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh my ex-student (actually pelajar-pelajar Kadet Bomba). Geng-geng 2005/2006 (kalau tak silap.)
All of them kira nya ahli-ahli kadet dan masa tu aku ketua guru kadet bomba sekolah. Batch mereka kira nya Batch yang agak gemilang untuk Kadet Bomba Sekolah, cz mewakili Pahang ke Peringkat Kebangsaan. Pada tahun tu, kat Negeri Pahang ni, kalau sebut Kadet bomba dan Penyelamat SEMENTA Bentong memang digeruni…kiranya tak terlawan punya lah…Kawad kaki first class masa tu… Jurulatih dia pun memang first Class, Hebat dan Padat! (hehehe..kalau En Hasnan dan En. Epol baca entri ni mesti kembang hidung……!)
Bukan nak cerita sejarah lama dan gemilang tu, just nak ucap terima kasih atas inisiatif yang diambil oleh mereka untuk menganjurkan majlis berbuka puasa ni. Satu usaha yang boleh dipuji.
Sebagai cikgu, bila ada bekas pelajar yang buat aktiviti-aktiviti sebegini dan mengundang kami, ia nya satu ingatan dan penghargaan buat kami. Ya la zaman sekarang ni, tak ramai pelajar yang nak “berbaik-baik” ngan cikgu…
Tempat yang di pilih pun best…Bara 1 Bistro kat Pandan.
Katakan Saja ! Masa tahun mereka tu (2005/06) aku tengah glamour sebagai cikgu yang garang. Maklum la cikgu Matematik…tapi yang lucu nya ada ketika bila aku tengah marah, ada pelajar yang boleh dok tahan gelak….lucu katanya…hahaha !..Bersama anak-anak murid ni sebenarnya antara kenangan terindah sebagai guru ! Murid dulu lain dari murid-murid sekarang.
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan...
No comments:
Post a Comment