SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 9 August 2011

Menunggu Waktu Lena anak-anak aku.....


Membesarkan anak-anak memang suatu cabaran yang perlu ditangani dengan penuh kesabaran….mereka adalah tanggung jawab yang dikurniakan Allah buat mereka yang berkeluarga seperti aku….
Apa yang aku nak ceritakan ini bukan nya perihal untuk mendidik mahupun menunggu mereka sehingga menjadi dewasa. Cuma nak berkongsi bertapa peritnya hanya untuk menidurkan mereka.
Hampir sejam setengah aku “spend” untuk memastikan anak-anak lena dibuai mimpi masing-masing. Adi, ain dan affan, masing-masing 5 tahun, 4 tahun dan 9 bulan….. pukul 12.00 tengah malam masih galak lagi mata masing-masing….
Emmmmmm…macam-macam cara terpaksa aku gunakan…dengan kemahiran yang tak berapa nak ada ni….
Terpaksa garu, gosok belakang mereka, bercerita…..yang paling kecil sekali tahu nangis saja…..cerita pasal apa pun manalah dia faham…baru 9 bulan….
Berselawat,..sambil gosok belakang….
Buka ekon dan kipas…pastikan bilik sejuk dan kondusif untuk mereka lena…..
Apapun…alhamdulillah..sekarang dah lena pun mereka….tapi bukan jaminan untuk lena sampai ke pagi….
Begitu lah…..anak-anak!
Mungkin itu lah kasih sayang yang mampu aku terjemahkan sebagai seorang ayah…..
Sepeninggalan mama mereka berkursus, ternyata memberi cabaran yang sangat besar!.....bukan untuk apa-apa…hanya untuk memastikan mereka tidur…

No comments:

Post a Comment