Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 14 August 2011

Salah ke dia berundur setelah mencuba?

Assalamualaikum.....Salam Petang..:-)
Sementara tunggu masuk waktu asar dan lepas tu nak ke pasar ramadhan pulak, boleh la aku terbit kan (waaa...terbitkan! bunyi cam grand tahap gaban!) entri baru lagi ringkas untuk petang ni....
Entri kali ni nak berkisar tentang artis dan industri hiburan skit...dah lama tak tulis tentang isu hiburan... Beberapa ketika ni ramai wartawan hiburan dok busy tulis tentang kehilangan Shahir...Hilang yang maksudnya sukar dikesan olah para wartawan dan sunyi dari mengikuti aktiviti-aktiviti seni hiburan untuk beberapa ketika ini. Balik Kampung kata nya..:-(
Hari ni kat Pancaindera Mingguan Malaysia, Sahabat ku, Tengku Khalidah pun menulis khusus tentang Shahir di ruangan nya.(Katarsis Kualong)....
Khabarnya Shahir nak bersara awal dari Industri hiburan ni, industri yang kononnya menjanjikan kemasyhuran dan kemewahan! Tapi realitinya, mereka yang berada dalam industri itu saja yang tahu apa sebenarnya...bak kata Tg.Khalidah, ada artis yang "kais pagi makan pagi-kais petang makan petang.." dasyat juga!!!!
Pada aku, tiada ada sesiapa pun yang berhak untuk menghalang Shahir dari bersara..kalau dia tak nak bersara sekalipun, dan dia cuma ingin menjauhkan diri sementara dari hiruk pikuk dunia hiburan, orang lain kena hormati keputusan dia... Setiap manusia ada pilihan dan setiap dari kita ada daya ketahanan tersendiri dalam mengharungi cabaran mahupun dugaan yang mendatang. Keupayaan daya ketahanan itu berbeza bagi setiap orang...! Mungkin setelah mencuba berada dalam industri seni untuk seketika, Shahir merasakan dia sukar untuk menyesuaikan diri, "cope" ataupun untuk berdepan dengan pelbagai gosip yang menyesakkan! so dia nak "berehat'!.....biarkan dia...jangan ganggu dia buat keputusan untuk kebaikan dia....
Macam kita yang berada di luar Industri ni..kita nampak semua nya indah kerana kita sering disogok dengan cerita-cerita glamour mereka yang sentiasa bergemerlapan...Zahir yang sangat indah di mata khalayak! Jerih-perih dan derita mereka mengharungi arus seni hiburan...tiada siapa yang tahu...(mereka saja yang merasainya)
Kepada semua pihak...biarkan Shahir! biar dia yang putuskan apa yang terbaik untuk hidup dia..tentu sekali hanya dia yang tahu apa yang dia inginkan..... kalau pun dia nak berpencen awal sebagai artis...biarkan saja, jangan kata apa-apa kerana dia telah diberi peluang dan telah mencuba..dan mungkin setakat ini saja dia berdaya!
Beri peluang pada orang lain pula untuk merasainya....

Ok..its just my opinion.....Happy reading......Thanks ya!


No comments:

Post a Comment